Insan & Komuniti 22 Apr, 2024

Video| Gara-gara dicerai, bekas isteri runtuhkan rumah dibina bersama! Suami curang, ada wanita lain!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Perkahwinan kandas dan diceraikan oleh suami yang sudah punya wanita lain membuat seorang wanita dikenali sebagai Siti Fatimah, 38, sakit hati lalu meruntuhkan rumah yang  dibina sejak 2015 atas tanah milik bersama.

Siti Fatimah dan suaminya, Mutahtohirin, 35,  masing-masing pernah bekerja di luar negara. Siti Fatimah menjadi bekerja sebagai pembantu rumah di Hong Kong sementara  Mutahtohirin sebagai buruh di negara lain.

Pasangan ini mempunyai seorang anak yang dijaga oleh keluarga di kampung.

Sti Fatimah (kanan) melayani pihak media sambil menunjukan rumahnya sedang diruntuh

Hubungan mereka mula retak apabila Siti Fatimah dapat mengesan Mutahtohirin mempunyai kekasih di negara dia bekerja sejak 3 tahun lalu. Setelah masing-masing kembali daripada bekerja di luar negara.

Mutahtohirin minta Siti Fatimah menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Namun dia enggan kerana mengetahui suaminya menjalin hubungan dengan wanita lain. Lantaran itu Mutahohirin menceraikan Siti Fatimah.  

Bengang dicerai secara paksa membuat Siti Fatimah nekad meruntuhkan rumah yang dibina atas tanah milik bersama dengan suami di Kampung Pucanganom, Madiun, Jawa Timur. 



Menurut ketua kampung Pucanganom, Nuryanto, mediasi telah diadakan bagi mengelakkan rumah itu tidak diruntuh namun menemui kegagalan.

Jentolak dibawa dan runtuhan mula dijalan pada petang  Khamis, 18 April 2024. Beberapa anggota polis dan tentera mengawasi runtuhan itu bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Mutahtohirin hanya memerhati rumah itu diruntuh tanpa dapat berbuat sesuatu.

Siti Fatimah bersama anak tunggalnya. - Kredit foto: Facebook

Mutahtohirin yang turut berada di lokasi kejadian enggan memberikan komen kepada sejumlah pihak media cetak dan elektronik yang membuat liputan.

Sebaliknya Siti Fatimah sedia melayani pertanyaan pihak media. - KitaReporters

22
13
0
5
0
You will be interested