Insan & Komuniti 06 Jan, 2024

Video! 2 kematian husnul khatimah dalam tempoh 4 hari! Mengadap Ilahi ketika berzikir di masjid!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Masyarakat Indonesia dikejutkan dengan dua kematian dalam keadaan husnul khatimah dalam tempoh 3 hari.

Pada Selasa, 2 Januari 2024, seorang imam bernama Andi Syamsul Bahri meninggal dunia dalam sujud sewaktu sedang mengimamkan solat subuh di Masjid Al-Ulaa, Kampung Baru, Balikpapan di Kalimantan Barat.

Sementara pada subuh, Jumaat, 5 Januari 2024, kira-kira jam 5.56 waktu tempatan, seorang jemaah dikenali sebagai Emil Satria, 46, pula meninggal ketika berzikir setelah solat subuh berjemaah di Aceh. Dia tersungkur seperti sedang bersujud.

Beberapa saat sebelum Emil Satria tersungkur dan meninggal dunia. - Kredit foto: IG kabarnegri


Kejadian di Masjid Hidayatul Islam di T Nyak Arief Gampong Meunasah Papeun, mukim Krueng Barona Jaya dalam daerah Aceh Besar.

Saat kematian Emil dapat disaksi melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang kemudian dimuat naik dalam Instagram kabarnegri lalu tular. Ia turut menjadi bahan berita dalam beberapa media elektronik.



Dalam rakaman video berkenaan, terlihat Emil yang mengenakan baju dan kupiah berwarna putih kelihatan duduk sambil berzikir selepas menunaikan solat subuh berjemaah. 

Emil yang merupakan penduduk Aceh Besar kemudian tersungkur bagaikan sedang sujud dan ia mengejutkan jemaah lain. Beberapa jemaah cuba membangunkannya, namun Allahyarham tidak menunjukkan respons.

Banyak warganet memberikan doa kepada Emil melalui ruangan komentar video. - KitaReporters

19
10
0
9
0
You will be interested