Insan & Komuniti 11 Jan, 2024

Video| Lain daripada lain! Hantaran barangan dapur! Penikahan konsep Rahmah pengusaha keropok lekor!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Siti Masnida Abdul Malek bersama sebahagian barang hantaran.


Bagi kebanyakan orang majlis pernikahan dan resepsi cuba dilaku semeriah mungkin bergantung pada kemampuan kerana ia majlis sekali seumur hidup bagi kebanyakan insan.

Perkara yang biasanya menarik perhatian para hadirin adalah barangan hantaran yang diberi oleh kedua-dua belah pihak.

Sepasang pengantin Siti Masnida Abdul Malek atau Nida, 35, dan suami, Yusri melakukan perkahwinan ‘rahmah’ yang jarang dilakukan pada 31 Disember 2023.

Mereka tidak mengunakan juruhias dan jurugambar profesional, sebalik hanya mengguna khidmat rakan-rakan.

Selain itu kedua-duanya sepakat menerima dan memberi hantaran barangan yang murah, tanpa barangan hantaran yang berjenama. 

Bukan kerana tidak mampu kerana kedua-duanya adalah usahawan. Nida dan suami adalah pengusaha keropok lekor.  


Pasangan pengantin bersama sejumlah barang hantaran


Kedua-duanya mahukan majlis pernikahan tidak menelan perbelanjaan besar. Lalu barangan hantaran hanya berupa barangan dapur yang boleh dimakan.

Dalam majlis pernikahan yang berlangsung di di Manchis, Bentong, Pahang, Nida hanya mengeluarkan belanja sekitar RM50. Sementara suaminya mengeluarkan belanja cuma sekitar RM85.

Antara barangan hantaran ialah bawang, kentang, bunga kantan, kicap, sardin, asam jawa, minyak masak hingga rempah, minyak goreng, kicap, teh hijau, milo  dan tepung serta dan dalam pelbagai bumbu dapur seperti santan, kerisik, serbuk kari, halia, kunyit, lengkuas  dan limau nipis. 

Kebetulan pula Nida memang suka memasak. 

Barangan hantaran itu dibungkus kemas dalam beberapa kotak. Nida menyediakan barangan itu dalam 7 dulang sementara pihak suami membalas dengan 5 dulang.Bagi hiasan pelamin dilakukan sendiri oleh Nida. 


Antara barang hantaran berupa pelbagai jenis makanan

Sementara bagi baju pengantin untuk kedua-duanya hanya mengeluarkan belanja kurang RM600 di sebuah butik. Jika dihitung belanja yang dikeluarkan kedua-duanya tidak melebihi RM2,000.

Majlis resepsi hanya berlangsung sekali di rumah Nida dan suami tidak mengadakan majlis di rumahnya. Bagi menjimatkan kos kenduri ia dilaku secara rewang oleh penduduk kampung dan saudara-mara.

Pada mulanya pernikahan sedemikian kurang dipersetujui keluarga, namun akhirnya mereka faham. 

Dengan menjimatkan belanja akad nikah, mereka menggunakan lebihan belanja untuk berbulan madu di Sabah dan masih ada berbaki dan diguna untuk simpanan. Yang penting mereka tidak berhutang untuk bernikah.

Nida turut menasihat para bakal pengantin yang ingin mengadakan pernikahan sepertinya.

"Nasihat saya bagi mereka yang terinspirasi tapi takut nak ikut idea kami... kena nekad sikit. Melawan arus ni, hati kena kering.

"Ubah mentaliti yang mengatakan kerja kahwin perlukan belanja besar sedangkan banyak kos boleh kita kurangkan," katanya kepada media MStar. - KitaReporters


12
13
0
9
0
You will be interested