Insan & Komuniti 04 Nov, 2022

Video| Kejamnya ibu! Tergamak campak, lempar anak! Si kecil meraung kesakitan! Sudah ditahan polis!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


HUBUNGAN seorang ibu dan anaknya lazimnya sangat rapat kerana ibu mana yang tidak sayangkan anaknya sendiri. Sekiranya dipukul atau dicubit pasti bersebab dan semuanya berlaku kerana mahu mengajar dan mendidik.

Namun bagaimana pula sekiranya seorang ibu yang sanggup memukul dengan kejam terhadap anaknya.

Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan si ibu sehingga menyebabkan sanggup melakukan sedemikian rupa tanpa belas dan kasihan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tindakan kejam


Itu juga yang berlaku kepada seorang ibu dari Los Edorias, San Francisco di Venezuela yang mungkin hilang sikap kemanusiaan dan hilang pertimbangan apabila tergamak memukul dan menghempas anak perempuan yang berusia dua tahun.

Memetik portal usacrime.com, si ibu yang dikenali Norbella María Olivero Bernal sanggup menghempas anak perempuannya tersebut ke tanah sambil memulas pada bahagian perut anak itu.

Walaupun si kecil itu meraung kesakitan namun si ibu tetap meneruskan perbuatannya.

Video yang memaparkan si ibu  yang berusia 25 tahun memukul anak perempuan itu menjadi tular. 

Lebih kejam lagi, suspek dilihat seakan-akan tidak berhati perut apabila kelihatan terus mengamuk walaupun kanak-kanak malang tersebut menangis dan meraung kesakitan.



Lebih malang, ibu muda itu juga bertindak menarik rambut anaknya sebelum melemparkannya ke tanah tanpa belas kasihan.

Kejadian  berkenaan yang dipercayai berlaku 31 Oktober 2022 lalu menjadi tular selepas dirakam oleh salah seorang saudara wanita itu yang secara kebetulan berada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun selepas beberapa jam menjadi tular, wanita berkenaan akhirnya ditahan polis.

Sementara itu, Bolivarian National Guard (GNB) sebuah badan keselamatan di negara tersebut, mengesahkan si ibu berkenaan didapati mendera dan melakukan keganasan terhadap anak perempuannya sendiri.



Wanita yang berusia 25 tahun itu, kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Malah ibu muda itu akan didakwa atas kesalahan mendera kanak-kanak berdasarkan bukti pada video berkenaan.

itulah padahnya  tidak berfikir sebelum melakukan, lagi-lagi kepada anak sendiri! mana akalmu wahai ibu muda!

Pasti menyesalkan! masa mengamuk tadi tak ingat dunia sekarang baru nak cari anak semula.

Kanak-kanak berkenaan kini  dipercayai diletakkan di bawah jagaan datuk dan neneknya buat sementara waktu. - KitaReporters

17
9
0
18
1
You will be interested