Insan & Komuniti 04 Oct, 2022

Video| Terbaik bang! Anda sumber inspirasi! Tetap semangat main bola sepak! Walaupun hanya satu kaki!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


VIDEO seorang lelaki yang bermain bola sepak dengan hanya menggunakan satu kaki bersama tongkat di padang bersama rakan-rakan telah menjadi tular dalam media sosial dengan lebih lapan juta tontonan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @youtube_zyrik, menunjukkan lelaki itu sedang berlari bagi merebut bola ketika dalam permainan meskipun dengan hanya sebelah kaki bersama tongkat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pemain-pemain bola sepak


Rata-rata pengguna media sosial memuji semangat kental lelaki itu dengan tidak menjadikan kekurangan yang ada padanya sebagai satu halangan untuk mengecapi minat dalam permainan bola sepak.


“Saya sangat berbangga dengan anda bang,” kata @iameverywhere.

“Terbaik bang, saya kongsikan video ini dengan anak-anak saya. Anda membawa inspirasi,” ujar @klikkliksahaje.

“Kekurangan bukanla satu halangan,” jelas @Auzzzss. - KitaReporters


11
18
0
13
0
You will be interested