Insan & Komuniti 19 Mar, 2025

Terbaiklah PBKKTM! Gigih bantu mereka yang perlukan bantuan! Program pembelaan menjelang Aidilfitri!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

k


Kebitaraan Persatuan Bekas Kakitangan Keretapi Tanah Melayu (PBKKTM) dalam melaksanakan kerja amal kebajikan semakin menyerlah termasuk pada Ramadan sekarang bagi meringankan bebanan mereka atau keluarga yang serba kekurangan menyambut Aidilfitri.

Menyempurnakan hasrat murni itu PBKKTM menyantuni keluarga murid dalam kalangan orang miskin dan asnaf di Machang, Kelantan dengan mendapat kerjasama daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Merah, Zainuddin Mamat pada 11 Mac 2025.

Program Bersama Khidmat Masyarakat PBKKTM itu bagi menyampaikan bantuan termasuklah barangan keperluan asas harian, pakaian terpakai yang masih baharu berserta sumbangan zakat serta sedekah daripada ahli persatuan berkenaan dan orang ramai prihatin untuk keluarga di Kampung Limau Nipis, Bukit Bakar, Ayer Merah dan Kok Kiok.

Manakala dalam Program Sumbangan Food Bank dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara (YKN), PBKKTM membantu ahli persatuan itu yang kurang berkemampuan dan golongan asnaf di Kedah dan Perlis pada 15 Mac 2025.


Zainuddin Mamat (tengah) menghulurkan sumbangan kepada seorang penerima Program Bersama Khidmat Masyarakat.


Setiausaha PBKKTM, Abdul Rahim Osman, berkata bagi di Machang itu ia sebagai satu kesinambungan program sama seumpamanya seperti diadakan di Sik, Kedah untuk menceriakan mereka dalam kalangan keluarga miskin dan asnaf membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri terutama yang memiliki ramai anak bersekolah. 

Menurutnya, apabila dimaklumkan kepada ahli, ramai yang berasa teruja bagi sama-sama menghulurkan bantuan sebagai tanda prihatin termasuk mereka menghulurkan sumbangan wang untuk bersedekah dan zakat.

“Ia juga lanjutan program tahun lalu apabila persatuan menyumbang 200 naskah al-Quran untuk murid khatam, sumbangan barangan keperluan asas harian dan menganjurkan ibadah korban untuk keluarga miskin tegar serta asnaf.

“Dalam program yang diadakan ini juga hasil sumbangan derma ahli dan orang ramai persatuan berjaya membina rumah baharu untuk keluarga asnaf Zuriani dengan kos pembinaan RM16,000,” ujarnya.


Zainuddin (dua dari kanan) melihat wakil PBKKTM menghulurkan sumbangan kepada seorang penerima bantuan Program Bersama Khidmat Masyarakat.  


Abdul Rahim berkata, bagi program di Kedah dan Perlis itu merupakan satu pencapaian terbaik apabila dapat bekerjasama dengan YKN dan pasukannya yang turut padang bagi menjayakan dengan lancar demi membantu keluarga miskin, asnaf serta kurang berada untuk dibela.

Tambahnya, dengan kerjasama itu 50 ahli persatuan, balu bekas kakitangan KTM, asnaf, orang kurang Upaya (OKU), anak yatim di negeri berkenaan menerima sumbangan barangan keperluan asas harian yang diinfak oleh YKN Putrajaya serta Pulau Pinang.

Jelasnya, pada program itu wakli PBKKTM Kedah, Abdul Rahman Ridzwan dan Anwar Ibrahim serta Marzuki Saad mewakili persatuan berkenaan di Perlis turut hadir bagi melihat agihan dibuat dan menyantuni keluarga yang menerima bantuan.

“Program ini diharap dapat menyedari ahli persatuan di luar sana kerana masih ada orang susah dan amat memerlukan bantuan serta sokongan untuk kelangsungan hidup namun paling mengharukan apabila 90 peratus ahli adalah dalam kalangan pesara B40 di samping sesetengah pula tiada pencen namun tetap bersemangat melakukan kerja amal kebajikan.

“Sehubungan itu juga Yang Dipertua PBKKTM, Lt Kol (B) Dato' Sarbini Tijan mengucapkan penghargaan dan terima Kasih kepada YKN kerana bersedia buat julung kali berkerjasama dengan persatuan dalam kerja amal kebajikan,” katanya lagi. - KitaReporters


Wakil PBKKTM menyerahkan sumbangan kepada seorang penerima di Kedah.

9
15
0
13
0
You will be interested