Insan & Komuniti 23 Apr, 2023

Tak ada air semasa Aidilfitri! ABIM gesa Air Kelantan respons segera! Bukan tutup ruangan komen!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Kelantan (ABIM Kelantan) maklum dengan luahan rakyat berkenaan perkhidmatan bekalan air terawat yang  disediakan di dalam negeri, pada tahap yang mengecewakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 1444 Hijrah.

Melalui komen netizen Kelantan dalam halaman Facebook Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) pada 21 April 2023, pelbagai luahan rakyat Kelantan tentang bekalan air terawat di dalam negeri ini tidak mencukupi.
Namun tindakan AKSB yang menutup ruangan komen adalah tindakan tidak wajar, kerana akaun rasmi AKSB dalam semua platform media sosial sepatutnya menjadi ruangan untuk netizen Kelantan melaporkan isu tersebut.
Memandangkan beberapa komen netizen dalam hantaran tersebut turut memaklumkan kawasan yang terjejas, kami memohon AKSB melaporkan bentuk tindakan yang diambil bagi memastikan  masalah bekalan air yang dirawat tidak mencukupi sempena Aidilfitri, sudah diselesaikan.


Sempena sambutan Aidilfitri 1444 Hijrah, bekalan air terawat yang merupakan keperluan asas manusia sepatutnya dibekalkan secara mencukupi, apatah lagi jumlah anak Kelantan di perantauan yang pulang berhari raya dianggarkan lebih dari 6 juta orang.
Kami juga menggesa kerajaan negeri khususnya Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri untuk memberi penerangan dan menyelesaian segera terhadap isu ini, kerana masalah yang berlaku sedikit sebanyak memberi imej negatif terhadap libat urus keperluan asas negeri.
Semoga perayaan Aidilfitri disambut dengan fasiliti asas rakyat dipenuhi di negeri ini pada masa akan datang.

Mohd Syahiran Muhammad

Yang dipertua ABIM Negeri Kelantan


7
12
0
17
0
You will be interested