Insan & Komuniti 15 May, 2023

Video| Meriah! Jamuan Aidilfitri 2023 PERTAMA! Juga sempena Hari Ibu! Gamat dengan aksi orang media!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Bergambar dengan tokoh Sasterawan Negara untuk kenangan.



MERIAH!! Itulah bila wartawan menguasai pentas dengan beraksi lain sikit daripada kerja harian mereka. Kali ini mereka bersantai, menghiburkan tetamu dengan persembahan yang gamat dengan telatah mereka yang comel tu, ketika meraikan wartawan dalam Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2023 di Hotel Perdana, Kuala Lumpur City Centre pada 14 Mei 2023.

Majlis jamuan raya anjuran Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) bermula jam 2 petang dengan jamuan buffet dan persembahan pentas yang disertai wartawan termasuk Presiden PERTAMA, Sariha Mohd Ali. 

Dia yang dibantu oleh Ahli-ahli Jawatankuasa meraikan tetamu dengan lagu-lagu raya. Peserta turut mengambil bahagian  dan ada ketika rakan-rakan di meja turut menjadi penari pengiring.


Selamat hari jadi dan Hari Ibu Sedunia 2023.


Paling istimewa, Sasterwan Negara. A Samad Said (kiri) dan Rashidah Dahan.


Selain itu, tetamu juga digembirakan dengan hadiah istimewa yang sangat menarik untuk pakaian terbaik, paling sporting dan pemenang bertuah dalam bentuk wang tunai, wangian dan meraikan hari jadi ibu-ibu yang dilahirkan pada April hingga Jun. 

"Hari ini adalah kita meraikan Hari Ibu (14 Mei 2023) satu penghormatan kepada wartawan wanita yang gigih bukan saja membina kerjaya mereka malah menjadi ibu yang sangat mencabar," kata Sariha ketika merasmikan program berkenaan. 

Keterujaan PERTAMA kerana ada dalam kalangan wartawan berusia lebih 70 tahun dan masih gagah menaiki khidmat kereta api ringan (LRT) untuk hadir memberi sokongan.

Beliau berkata PERTAMA mengambil masa seminggu menyediakan majlis berkenaan dan beliau berterima kasih atas sokongan ahli yang sudi meluangkan masa bertemu mesra dengan rakan-rakan lama. 

Ada tu hampir 20 tahun tidak bertemu dan bila bersua, ketara kegembiraan dalam kalangan mereka yang sebahagian besarnya sudah peringkat nenek dan ada yang masih meneruskan kerja dalam bidang lain.



Hebat wartawan wanita negara dari dulu sampai sekarang.


Jamuan bertemakan Warna-Warni Aidilfitri dihadiri wartawan veteran yang pernah berkhidmat dengan media arus perdana sejak puluhan tahun lalu. 

Mereka termasuk Datuk Jamelah Abu Bakar, Zubaidah Abdul Rahman, Rohani Pawan Chik, Rukiah Ramlan, Rosemarie Khoo Mohd Sani, Non Einai, Siti Hawa Othman, Datin Norbaya Musa dan Datin Siti Maryam Ibrahim.

Satu-satunya tetamu istimewa PERTAMA ialah kedatangan Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said yang ditemani isterinya, Datin Rashidah Dahan yang sebelum itu telah  menghadiri majlis raya. 

Sudah tentulah Pak Samad menjadi seleberiti paling dikerumuni kawan-kawan seangkatan dengannya dan wartawan muda yang juga peminat karyanya.

Majlis dimulakan dengan jamuan makan kemudian mendoakan kesembuhan dan kawan-kawan yang sudahpun meninggal dunia.

Sariha turut memberitahu PERTAMA akan memeriahkan sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 yang akan berlangsung di Ipoh pada 27 hingga 29 Mei 2023 ini. 

"Terima kasih Presiden dan AJK PERTAMA makanannya sedap. lagu-lagu nyanyian yang menghiburkan, birthday girls yang dilahirkan pada April dan Mei diraikan. Malah dapat hadiah lagi. Tahniah!" kata Norbaya. - KitaReporter


Peserta sporting, Datuk Jamelah


Pakaian terbaik, Rashidah Ibrahim.


Sedia, jom bergambar untuk kenangan.

13
8
0
16
0
You will be interested