Insan & Komuniti 07 Aug, 2022

Video| Daulat Tuanku! Rakyat Kelantan sudah ada Sultanah! Tapi wajah sebenar cetus kekeliruan!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this



SELEPAS tiga tahun berteka-teki mengenai kedudukan Sultanah, akhirnya Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan melantik Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan yang menamatkan kontroversi kekosongan yang melanda negeri Tanah Rendah Sekebun Bunga ini.

Baginda mengurniakan pangkat kemuliaan yang membawa gelaran Sultanah Nur Diana Petra Abdullah yang berkuat kuasa pada 2 Ogos 2022. 

Bagaimanapun Focus Malaysia melaporkan, gambar terbaharu Sultanah Kelantan tidak disebarkan, sekali gus mencetus kekeliruan berkenaan wajah sebenar Sultanah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V

Gambar yang luas tersebar ini didakwa ialah Sultanah Nur Diana Petra Abdullah


Baginda Sultan dilaporkan berkahwin dengan Che Puan Nur Diana (sebelum ini dikenali sebagai Yana Yakoubka) pada 2010. 

Tahun yang sama baginda ditabalkan sebagai Sultan Kelantan dan dipilih menaiki takhta sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong pada 13 Disember 2011 hingga 12 Disember 2016.

Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010 dan kini bergelar Sultan Muhammad V.  

Berikutan kemangkatan Sultan Kedah, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, baginda kemudian ditabal Yang di-Pertuan Agong XV pada 13 Disember 2016 hingga Januari 2019.



Pengisythiran mengenai pengurniaan darjat kemuliaan Sultanah Kelantan itu ditandatangi Datuk Kaya Setia, Datuk Nazran Muhammad yang diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam majlis adat secara ringkas di Istana Negeri, Kota Bharu.  

Gambar yang timbul kekeliruan ramai. Ini adalah gambar bekas isteri baginda, Ratu Rusia, Oxana


Sebelum ini pada 22 Jun 2019, Sultan Kelantan dengan rasmi telah melafazkan cerai talak tiga kepada Ratu Cantik Rusia 2015, Oxana Andreevna Voevodina (Rihana Petra)

Disebabkan 'tekanan' daripada rakyat jelata mengenai perkahwinan 'senyap-senyap' yang dilakukan oleh baginda, Sultan Muhammad V turut memutuskan melepaskan takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Baginda Sultan Kelantan turut melahirkan rasa dukacita kerana kesilapan dalam kehidupan peribadi baginda yang menyebabkan rakyat jelata jadi keliru. 

Sebelum ini rakyat negara dikatakan mengkritik tentang perkahwinan baginda dengan Oxana yang akhirnya mendorong Sultan Kelantan melepaskan takhta kerajaan Malaysia.

Rakyat agak keliru yang mana satu Sultanah Kelantan kerana rupa mereka hampir sama dan ada juga yang tersilap mentafsirkan adik iparnya, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra sebagai wajah Tuanku Sultanah.


Oxana yang dikenali sebagai Rihana Petra dengan anaknya, Leon.


Dalam pengumunan itu juga, Sultan Kelantan turut mengurniakan pangkat kemuliaan dan gelaran Che Puan Makhota Kelantan kepada adik iparnya Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, isteri Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra

Che Puan Makhota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, isteri Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra. - Kredit gambar: Sinar Viral Network


Sementara itu akhbar dalam talian, My Metro melaporkan Firma Guaman Eversheds Harry Elias LLP mengesahkan perceraian Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Rihana Petra @ Oxana Andreevna Voevodina.

Firma berkenaan melalui peguamnya, Koh Tien Hua memaklumkan Sultan Muhammad V bercerai talak tiga pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah.

“Kami adalah peguam mewakili Sultan Muhammad V. Dimaklumkan Baginda bercerai talak tiga dengan Rihana Petra @ Oxana Andreevna Voevodina pada 22 Jun 2019 mengikut undang-undang syariah.

“Kami mewakili Sultan Muhammad V memohon privasi baginda dihormati,” katanya dalam kenyataan media, baru-baru ini.


Kredit foto: Portal rasmi Pejabat Sultan Negeri Kelantan


Akhbar sebelum ini melaporkan tiada sesiapa boleh menggelarkan dirinya sebagai Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau Queen of Kelantan tanpa sebarang pengumuman rasmi daripada Istana Kelantan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan dalam kenyataan media berkata, Tengku Muhammad Fa-iz Petra adalah Tengku Mahkota Kelantan dan bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid digelar Raja Perempuan Tengku Anis.

Ini berlaku selepas  Oxana dilaporkan terus melanggar 'arahan' dari Istana Kelantan dengan terus memuat naik gambar kehidupannya dengan Sultan Muhammad dalam Instagram, termasuk mengenai anaknya Leon yang boleh mengaibkan istana dan mendatangkan unsur-unsur fitnah.


Kredit foto: FB Unit Media Pejabat Sultan Kelantan


Sumber Wikipedia melaporkan sebelum menikahi  Oxana pada 2014, Sultan Muhammad pernah berkahwin dengan puteri kerabat diraja Pattani, Tengku Zubaidah Tengku Zorudin pada 2004. Pasangan diraja itu bercerai empat tahun kemudian (2008).

Pada November 2018, Sultan Muhammad dilaporkan berkahwin dengan Oxana Andreevna Voevodina (Rihana Petra) di Rusia.

Perkahwinan itu bertambah kontroversi apabila Oxana melahirkan seorang 'putera' yang diberi nama, Tengku Ismail Leon Petra. Oxana kemudian membuat ujian DNA untuk membolehkan dia meminta saraan hidup untuk 'anak' mereka termasuk sebuah apartmen mewah di London dan wang tunai jutaan ringgit.

Pada  2019, Sultan Muhammad melafazkan cerai talak tiga dan sijil perceraian itu kemudian dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Kelantan. - KitaReporters


 
 
 
13
14
0
7
0
You will be interested