Insan & Komuniti 14 Dec, 2023

Video| Mahu marah atau nangis? Duit belanja bulanan habis rosak! Anak gunting jadi kepingan kecil!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Usah bimbang kalau anak-anak anda riuh atau berlari ke sana-sini bermain. 

Tapi hati-hati apabila mereka diam. Ini kerana dalam diam-diam itu, ada pekerjaan yang sedang mereka lakukan. Apabila keadaan ini berlaku, cepat-cepatlah periksa apa yang berlaku.

Anak-anak kecil biasanya diam apabila mereka terjumpa sesuatu yang baharu yang mereka sangkakan adalah mainan. 

Alat solek, tepung, bedak, barang kemas atau apa-apa yang menarik perhatian mereka, inilah selalunya menjadi punca mereka diam. Sedar-sedar, habis putih satu badan diseliputi bedak atau tepung. Muka berceloreng merah dengan gincu.



Sebagai ibu bapa, ketika inilah kesabaran anda diuji. Kadang-kadang rasa marah bertukar menjadi lucu. Begitu juga sebaliknya. Bergantung pada mood hari tersebut. 

Namun, bagaimana sekiranya duit belanja bulanan anda, dirosakkan oleh anak-anak kerana menyangka ia barang mainan?

Begitulah yang berlaku ke atas seorang wanita apabila anak perempuannya telah merosakkan duit belanja bulanannya. Duit itulah yang akan digunakan untuk membeli barang-barang dapur. 

Pasti tahap kesabaran tidak dapat lagi dikawal. Namun, tidak bagi wanita ini kerana dia terus bersabar dengan sikap anaknya itu.

Dalam video yang dikongsi oleh dalam akaun TikTok bernama Mahisaka_, kelihatan duit belanja tersebut sudah menjadi kepingan kecil akibat digunting oleh anaknya.



Awalnya, dia menyangka anaknya sedang bermain-main seperti biasa. Namun, ketika mendekati anaknya itu, alangkah terkejutnya dia apabila melihat anaknya sedang ralit menggunting duit kertas miliknya. Duit tersebut dipotong kecil-kecil seperti puzzle.

“Wang belanja sebulan ini habis hingga tidak berbaki,” tulisnya.

Video berkenaan mendapat jumlah tontonan sebanyak 13.5 juta dan menerima pelbagai komen. Rata-rata menyarankan agar wanita tersebut menukar ganti wang yang rosak itu di bank.



“Tukar wang tersebut ke bank,” saran salah seorang netizen yang bersimpati dengan nasib wanita itu.

Wang kertas Rp50 ribu (RM15) itu ditukar menjadi tujuh keping, menimbulkan pemandangan yang sungguh menyedihkan. Begitu juga dengan wang kertas Rp100 ribu (RM30) yang telah menjadi kepingan kecil dan tidak mungkin dikembalikan kepada bentuk asalnya. 

Wang kertas yang telah rosak itu terdiri daripada Rp1,000 (RM0.30) sehingga Rp100 ribu (RM30). - KitaReporters


7
7
0
7
0
You will be interested