Insan & Komuniti 04 Dec, 2023

Opah Ngomel| Video| Cukup-cukuplah! Selamatkan anak-anak Gaza! Permaisuri Agung sangat-sangat marah!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


PEMBANTAIAN manusia dan penghapusan bangsa sekali lagi berlaku di depan mata kita sekarang di Gaza. Ia bukan tentang filem perang olok-olok. Kali ini diramalkan perang yang terakhir dalam tamadun manusia dijangka berlarutan menjadi Perang Dunia Ketiga.

Perang Israel-Palestin ini yang sudah lama sejak 1948 lagi, melibatkan jutaan nyawa manusia hilang, diseksa bak haiwan, dibunuh sehinggalah jenayah menjijikkan apabila mayat orang-orang Palestin dikencing dan tentera aparteid Zionis bersorak gembira selepas mengebom masjid, gereja dan rumah penduduk.

Perang ini sekali gus mengetepikan (melanggar) terus layanan hak kemanusiaan yang termaktub dalam perjanjian Geneva yang mengandungi empat perjanjian, dan tiga protokol tambahan, menghasilkan piawaian undang-undang antarabangsa mengenai layanan kemanusiaan.

Konvensyen Geneva secara luasnya menerangkan hak-hak asas mereka yang terlibat dalam peperangan (orang awam dan tentera), yang mewujudkan perlindungan kepada mereka yang cedera dan sakit, dan mewujudkan perlindungan kepada orang awam di dalam dan di sekeliling kawasan perang. Ia diangkat pada Ogos 1950.



Keluarga hancur, anak-anak terpisah dengan ibu bapa, rumah dimusnahkan, hospital dibom, kem pelarian disasarkan bom. Belum termasuk masjid, gereja, sekolah dan apa saja menjadi sasaran sehingga bayi yang dilahirkan pramatang turut menjadi mangsa apabila dihalau dari hospital merawat mereka.

"Cukup-cukuplah. Hentikan perang ini. Lakukan gencatan senjata. Perang ini satu malapeta ke atas hak asasi kemanusiaan. Saya sangat bimbang pada kanak-kanak, penduduk malah satu generasi rakyat negara itu sudah dihapuskan. Pemimpin dunia tolongkah bertindak segera. 

"Ini sudah menjadi kemusnahan yang ngeri dalam sejarah dunia. Perang ni perlu dihentikan dan kanak-kanak mesti diberi peluang  dan ada harapan untuk hidup." tegas Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.



Itulah yang diluahkan Raja Permaisuri Agong bertitah demikian ketika menghadiri persidangan khas menghimpun wanita-wanita pertama beberapa negara untuk menggesa pemimpin dunia mengambil langkah gencatan senjata dan menyelesaikan segera konflik di Gaza. 

Persidangan yang bertema Bersatu Demi Keamanan di Palestin: Tiada Kerugian Dalam Keamanan (United for Peace in Palestine: There is No Loss in Peaceā€) itu berlangsung di Istanbul, Turkiye pada 15 November 2023 laluy yang dihadiri Qatar, Malaysia dan  Uzbekistan.

Sambil berterima kasih kepada Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan kerana mengadakan sidang itu, Raja Permaisuri Agong sedih sebagaimana yang diucap oleh Setiausaha Amerika Syarikat, Antony Blinken, tiada siapa pun boleh selamat dalam keadaan sekarang kerana Israel melancarkan serangan bom bertubi-tubi.

"Beta bukan bertitah atas nama Permaisuri Agong tetapi sebagai ibu. Yang menyayangi seperti anak-anak saya kerana mengikut laporan Palang Merah, separuh daripada kanak-kanak di Gaza adalah di bawah umur 18 tahun. 

"Seumur hidup mereka disekat dan dikawal untuk keluar masuk dengan pelbagai ugutan termasuk kehilangan rumah. Kini setiap hari mereka digegarkan dengan serangan bom meragut puluhan ribu nyawa.

"Kami merayu kepada pemimpin dunia, tolonglah laksana gencatan senjata dan biarkan mereka dapat akses kepada bantuan kemanusiaan, makanan, perubatan dan minyak. Pembunuhan tanpa belas ehsan ini akan menjadi malapetaka ngeri dalam sejarah kemanusiaan dan dunia," katanya.



Permaisuri Agong bertitah, setiap hari dunia disajikan dengan gambar dan video yang ibu bapa pegang anak-anak mereka yang cedera dan pasukan doktor dan sukarela yang kelesuan, bekerja keras di hospital. Perang itu perlu dihentikan.

"Cukup-cukupan mangsa dah ribuan kanak-kanak dan yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan. Saya sangat-sangat marah dan bimbang akan keselamatan kanak-kanak ini. Kita mesti kembalikan hak asasi untuk hidup seperti biasa. Kita mohon bekalan dihantar untuk bantu mereka pulihkan semua kehidupan.

"Doktor, jururawat, sukarelawan dan pekerja kemanusiaan terus berkorban tenaga dan masa untuk memastikan Gaza kembali normal dan marilah kita lakukan untuk Gaza, demi anak-anak kecil itu." titahnya.


Israel has destroyed over 60% of houses in Gaza Strip: Gaza government


Sementara itu seorang pelapor berita, Rania Abu Shamala yang memetik sumber kerajaan Gaza  kepada agensi AA, lebih 60 peratus rumah dan kediaman musnah akibat dibom menyebabkan 50,000 kehilangan tempat tinggal dan 250,000 rumah rosak teruk.

Lebih 26 hospitals dan 55 pusat kesihatan telah ditutup kerana tidak sesuai untuk diduduki selepas lokasi itu menjadi sasaran berterusan menyebabkan kawasan itu sama ada ranap dan hosiptal diletupkan.

Perang meletus sejak 1948 sebaik aparteid Israel mengumunkan negara merdeka membabitkan lima negara Arab sehingga puluhan juta rakyat dibunuh dan jika hidupnya sama macam nyawa di hujung tanduk.

Sehingga November 2023, 163 negara mengiktiraf negara aparteid Israel dan 138 Palestin.

Laporan pihak berkuasa Palestin, sejak perang bermula 7 Oktober 2023 lalu, lebih 11,800 warga Palestin terbunuh termasuk  7,700 wanita dan kanak-kanak dan lebih 28,200 yang lain cedera. 

Diyar Guldogan daripada agensi AA dari Washington yang menyumbang laporannya memberitahu 1,200 penduduk awan dan tentera aparteid Zionis terbunuh. - KitaReporters


Ex-premiers join marchers as pro-Palestinian rallies held in Asian nations

Solidariti untuk Palestin.... Di Indonesia saja disertai oleh lebih sejuta penduduk Islam.


Photos: Palestine solidarity rallies around the world | Gaza News | Al  Jazeera

Solidari berlaku di seluruh dunia. Foto-foto dari[ada Gaza News dan AlJazeera yang memaparkan solidariti Palestin.

10
11
0
18
0
You will be interested