Insan & Komuniti 25 Oct, 2022

Video| Satu penantian! Lelaki uzur setia tunggu anak bank in duit sampai maghrib! Kerana motor rosak!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


KEADAAN seorang pak cik yang kelihatan uzur dengan jalan bongkok serta tangan sebelah berbalut kerana patah yang menunggu kiriman wang daripada anaknya untuk membeli minyak hitam terhadap motor yang rosak di stesen minyak mengundang sebak orang ramai dalam media sosial.

Menerusi hantaran video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @zulfitribasir, beliau menyatakan pak cik itu juga merujuk kepadanya untuk pengeluaran wang RM30 yang dikirimkan anaknya melalui mesin ATM (automated teller machine) untuk membeli minyak hitam motornya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lelaki-lelaki tua



"Pak Cik itu cakap, dia telefon anaknya di universiti. Anaknya kirimkan RM30 sahaja untuk balik rumah. Dia hubungi anak dia sebab nak suruh masukkan sedikit lagi duit nak beli minyak hitam sebab motor bocor pula minyak hitam.

Dia cakap tidak mempunyai wang sekarang, nak pinjam duit kawan. Pak Cik itu tunggu untuk kiriman wang itu daripada pukul 5 petang. Kalau kawan dia bagi pinjam bolehlah beli minyak hitam dengan isi minyak balik Kajang,” katanya.

Rata-rata pengguna media sosial berasa sebak menonton video tular itu mengenai kepayahan hidup yang dihadapi pak cik itu.



“Berair mata saya bang. Semoga urusan abang dan pak cik ini dipermudahkan. Terima Kasih tolong pak cik itu,” tulis @husraatirah.

“Semoga Allah beri keberkatan dalam hidup dan sihatkan tubuh badan adik sebagai asbab dalam pertolongan itu. Insyaallah segala perbuatan baik akan dibalas dengan baik,” ujar @1809Riezan.

“Kalau ada rezeki jumpa pak cik ini, saya sendiri akan meminta pak cik ini hantar motonya ke tempat kerja saya tanpa memikirkan sebarang kos. Saya sendiri tinggal di Kajang,” jelas @aqmarhusna. -  KitaReporters



7
10
1
10
0
You will be interested