Insan & Komuniti 23 Apr, 2025

Video| Kesian dia! Duit disimpan 10 tahun beli Ferrari hangus! Tak sempat enjoy! Baru sejam dibeli!

@dsa wahab
Memulakan kerjaya sebagai wartawan sepenuh masa di bahagian majalah Karangkraf, kemudian ke akhbar cabaran Sinar Harian sebelum menjadi wartawan sambilan di Utusan Malaysia. Apapun sekali saya menulis, selamanya tetap menulis...

Share this

.



Usaha seorang lelaki mengumpul wang selama 10 tahun untuk membeli kereta idamannya, Ferrari 458 Spider yang berharga kira-kira berharga 43 juta yen (USD$306,000) atau kira-kita RM1.34 juta akhirnya menjadi sia-sia.

Malahan hasratnya memiliki sebuah kereta mewah juga telah musnah akibat kenderaan itu terbakar ketika dia sedang memandu kenderaan tersebut.

Seorang lelaki Jepun yang memperkenal dirinya sebagai Honkon terpaksa berputih mata selepas melihat kereta Ferrari yang baharu dibeli hangus dalam tempoh 20 minit di Lebuh Raya Shuto di Tokyo.


Api yang marak tidak dapat menyelamatkan keadaan kenderaan mewah itu.

Kisah sedih Honkon yang juga merupakan seorang penerbit muzik muda, telah menjadi bualan masyarakat setempat dan juga netizen apabila kereta spot impiannya terbakar selepas sejam dia mengambil kenderaan tersebut dari pusat pembelian kereta pada 16 April 2025 yang lalu.

Honkon berkata, tatkala memandu sambil menguji kehebatan kenderaannya itu, tiba-tiba dia menyedari ada bau asap, sekali gus melihat ada asap putih keluar dari kenderaan mewahnya.

Menurutnya, pada mula, dia menyangka ia datang daripada kereta di sebelahnya, tetapi apabila kenderaan itu bergerak, nampak jelas asap keluar daripada Ferrarinya itu. 

"Jadi saya berhenti dan segera keluar daripada kenderaan dengan pantas dan terus menghubungi pihak bomba. 

"Api berjaya dipadamkan kira-kira 20 minit kemudian tetapi Ferrari itu nampaknya hampir hangus dan saya menghabiskan tempoh waktu itu dengan menyaksikan mimpi saya juga terbakar hampir sepenuhnya," katanya menerusi artikel dalam sebuah laman sesawang, Odditycentral.Com.


Keadaan kenderaan Hoikon yang rentung dalam tempoh 20 minit.


Sementara itu, Jabatan Polis Metropolitan Tokyo turut mengesahkan bahawa tiada tanda perlanggaran pada Ferrari Honkon, tetapi siasatan penuh masih dijalankan. 

Kataya, hasil siasatan awal,  polis percaya kebakaran bermula dari enjin kereta, namun puncanya masih belum diketahui.

Susulan kejadian tersebut, walau bagaimanapun Honkon mengakui bahawa dia sedih dangan nasib malang yang menimpanya itu.

"Saya rasa saya satu-satunya orang di Jepun yang mengalami masalah seperti itu. Saya telah membelanjakan 43 juta yen (RM1.34 juta) untuk mendapatkannya dan kini saya akur bahawa saya membelinya hanya untuk berfoto sahaja.

"Walaupun sedih dengan nasib ini, saya tetap gembira kerana saya masih hidup walaupun sedikit malang. Sebenarnya saya juga takut kereta itu akan meletup ketika saya masih di dalam," katanya lagi. - KitaReporters

16
10
1
13
0
You will be interested