Mengeratkan perhubungan persaudaraan atau silaturahim amat penting dalam memastikan generasi tidak melupakan asal usul keturunan mereka.

Justeru itu, satu program Aroh Ganal bagi menghimpunan generasi Kulaan (Banjar) telah diadakan di pekarangan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al-Hidayah di Parit Abas, Kuala Kurau, Perak pada 3 Jan 2026.
Ia
menghimpunkan keturunan generasi lima beradik keluarga Matuk iaitu Abdullah, Khalid, Majid, Tahir dan Yusof dari
seluruh negara.
Setiausaha program
itu, Mohamad Said Mastor berkata, lebih 450 orang hadir pada himpunan tersebut termasuk dari Batam
dan Pontianak, Indonesia.
Beliau berkata, perhimpunan ini sangat besar kerana ia menghimpunkan generasi ketiga sehingga generasi kesembilan.


“Alhamdulillah
syukur kerana pertalian keluarga ini amat besar. Jadi banyak keluarga ini masih
ada tinggal di Kerian, Kuala Kurau dan Semanggol, Perak serta Selangor dan
Johor.
“Ini adalah perjumpaan
kali kedua dan perjumpaan kali pertama diadakan pada 2024 di Sungai Besar, Sekinchan
di Selangor.
‘Syukur dapat
jumpa dan meriah kerana ada yang sumbangkan seekor lembu dan kewangan dan
hadiah-hadiah bagi memeriahkan perhimpunan ini,” katanya yang merupakan
generasi keempat.
Menurutnya, melalui program ini juga kita dapat mengenali dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. - KitaReporters
