Ramadan hampir tiba. Selain bulan mulia meningkatkan ibadah dan mengutip pahala, Ramadan juga merupakan bulan ujian buat kaum wanita yang bergelar isteri dan ibu.

Jamuan ringan untuk anak kariah
Mana tidaknya, pada bulan Ramadan tanggungjawab dan beban rumah tangga bertambah bagi wanita. Komitmen berganda.
Makan minum keluarga perlu diberi perhatian serius dan dipantau dengan penuh rasa tanggungjawab.
"Ramadan bulan ujian. Bulan Allah melihat kebaikan yang kita buat terutama dalam bab ibadah serta memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu," kata Datuk Rozaina Radzi.
Datuk Rozaina Radzi adalah isteri kepada Dzowahir Ab Ghani, ADUN Suka Menanti, yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah bagi Portforlio Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan.
Beliau ditemui ketika menghadiri majlis Sambutan Ramadan Muslimat Kariah Raudhatul Ulum Blok B di Taman Wira Mergong, Alor Setar
baru baru ini.
"Surau dan masjid sangat penting pada pada bulan Ramadan. Ia menjadi tempat untuk kita kaum wanita mengutip pahala dan menambah ilmu akhirat,'" katanya lagi.


Salah seprang penerima telekung yang disampailan oleh Rozaina
Pada majlis tersebut juga Rozaina turut menyampaikan sumbangan telekung kepada muslimat Raudhatul Ulum.
"Saya berpendapat sumbangan telekung ini juga satu anugerah dari Allah untuk penerima semua yang dianggap sebagai hadiah menyambut Ramadan," tambah Rozaina.yang juga mantan Pegawai Daerah Sik.
Telekung tersebut adalah hasil sumbangan orang ramai melalui projek Wakaf Telekung Siti Aishah dan sumbangan peribadi Rozaina sendiri.
"Walaupun sumbangan ini kecil tetapi manfaatnya sangat besar kepada kaum muslimat dalam mencari keberkatan Allah SWT.
"Semoga dapat digunakan dengan penuh keikhlasan dan rasa syukur," ujarnya yang merupakan mantan YDP Majlis Perbandaran Wanita Pertama Kedah.

Hadiah buat isteri kata Rozaina kepada AJK lelaki surau yang turut hadir
Muslimat Raudathul Ulum Surau Blok B Taman Wira Mergong adalah atara yang aktif melakukan pelbagai aktiviti sepanjang tahun.
Menjelang Ramadan nanti, tadarus, kacau bubur lambuk dan berbuka puasa anrara aktiviti yang telah disusun.
"Saya berharap kaum wanita di kariah tersebut dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik pada bulan Ramadan nanti khasnya dalam memikul tanggungjawab terhadap rumah tangga dan keluarga.
"Dengan beban bertambah untuk memasak, megurus rumah dan anak anak serta berkerja, saya yakin wanita boleh melalukanmya dengan mudah dan seikhlas hati," tambah Rozaina lagi.
Majlis sambutan Ramadan tersebut dihadiri seramai hampir 100 orang anak kariah yang turut mengadakan doa kesyukuran. - KitaReporters

Team Telekung Siti Aishah: Aiji Ahidin, Rozaina, Jakilah Ibrahim, Normala Hamzah dan Hasni Hassan

Penerima telekung bergambar ramai-ramai pada majlis sambutan Ramadan di Taman Wira Mergong. Alor Setar.