Insan & Komuniti 31 Aug, 2025

Video| Jika Lady Diana hidup? Gambar, video AI terus hidupkan legasi! Ratu Rakyat kekal dirindui!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai Stringer Berita Harian, Wartawan Berita Harian, Penyunting Harian Metro, Group Editor Majalah IBUBAPA. Emel: [email protected]

Share this

SUDAH hampir tiga dekad (sebenarnya baru 28 tahun) bekas Puteri Wales, Lady Diana Spencer mati. Tetapi bak kata pepatah, harimau mati tiinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama baik di hati selamanya.



Tidak mahu kisah kehidupan Lady Diana ditelan sejarah, manusia menggunakan Artificial Intelligence atau Kecerdasan Buatan (AI) untuk menghidupkan Diana.

Dari gambar biasa, wanita itu diolah seperti video dengan menggunakan teknik AI, dia seumpama masih hidup dengan gerak geri seperti orang normal.

Sekarang tersebar luas dalam alam maya, wajah muda Diana tu berlegar, "bergerak" meneruskan aktiviti harian sebagai janda beranak dua yang cantik jelita. Adakalanya masih isteri raja. Itulah kemahuan Diana kekal sebagai ratu di hati rakyat.



Ada gambar menunjukkan dia berpelukan mesra dengan kekasihnya, Dody Al-Fayad yang turut terbunuh bersamanya.

Dody dikatakan akan melamar Diana pada majlis makan malamnya sebelum nahas tu dengan menempah cincin jutaan pound.

Malang jodoh mereka tak sampai.

Ada orang mungkin tidak dapat menerima kematian Diana dalam nahas kereta di Terowong, Paris pada 31 Ogos 1997.  

Bagi berbilion-bilion lagi, Diana ni bukan milik Britain saja, dia adalah simbol kehidupan seorang wanita bangsawan yang bertemu cinta dengan putera raja.

Bayangkan masa kahwin hampir 800-900 juta menonton majlis itu dan pada hari pengkebumiannya, 6 September 1997 tu, 2 hingga 3 billion menontonnya dan berjuta-juta warga Britain menangis yang akhirnya menjadi hari terapi terbaik.

Kisah cinta bukan sama dengan Cinderela yang berbahagia kekal hayat. Tetapi yang ini tragedi cinta dikhianati suami yang sampai hari ni masih tersenyum megah dengan  bekas gundiknya dan kalau di Malaysia, dianggap sebagai wanita licik, "penyondol" raja negara tertua dunia.




Hari ni (31 Ogos 2025) sudah 28 tahun, Lady Diana bersemadi di pulau kecil, di tasik di Ladang Althrop milik keluarganya.

Tetapi auranya sentiasa mekar dan subur walaupun dunia sudah berubah. 

Penampilan Diana, tren fesyen dan kisah anak-anaknya Puteri William, Harry, dua menantu dan lima cucunya, segarkan kembali ingatan kita setiap kali nama keluarganya disebut.

Ini semua kerana AI adalah singkatan daripada Artificial Intelligence atau Kecerdasan Buatan, iaitu cabang sains komputer yang membolehkan mesin atau sistem komputer meniru kecerdasan manusia untuk belajar daripada pengalaman, menyelesaikan masalah, dan membuat keputusan.

Teknologi AI mampu melakukan pelbagai tugas seperti pengecaman pertuturan, pengenalan visual, dan pemprosesan bahasa, serta membantu mesin untuk mengenal pasti corak dalam data yang kompleks.

Ahli sejarah turut menyebut AI akan menjadi watak utama pembinaan bangsa baharu dunia. AI akan mengambil banyak peranan kerja yang dulu dilakukan oleh manusia.

Kita dapat tengok cara AI menokoh tambah gambar anak-anak berada di sisi Diana dalam keadaan mereka sudah dewasa.

Putera William berusia 15 tahun dan Harry pula 12 tahun ketika Diana mati

Malah gambar AI Diana masih ditampilkan dengan bekas suaminya, Raja Charles dan anak-anak dalam mencipta memori keluarga diraja.

Itulah gambar Diana jika dia masih hidup sebagaimana angan-angan kita untuk melihat keluarga itu bersatu.

Malah Diana juga "disatukan" dengan dua menantu, Kate Middleton dan Meghan Marckle seperti keluarga diraja tu kekal aman makmur.

Walaupun pada zahirnya keluarga itu sedang berantakan dan terasing akibat "fitnah" untuk memecah belahkan hubungan anak beranak.




Sejarah itu benar. Selalu kita baca buku teks saja, kali ni pada abad ni, cerita Diana adalah sumber daripada temu ramah dan cerita mereka dalam siri drama yang diharapkan dari orang masih hidup lagi. 

Akan ada juga usaha berterusan oleh orang yang membuat pelbagai cara kononnya untuk bercakap dengan roh Diana.

Putera Harry, isterinya, Meghan dan dua anaknya memilih Amerika Syarikat sebagai kediamannya. 

Bila rakyat Britain enggan menerima kehadiran Meghan, maka Harry tidak teragak-agak melepaskan habuan gaji yang dilaporkan dibayar daripada cukai dibayar oleh rakyat, melepaskan tugas berkhidmat dengan keluarga diraja lagi.

Lantas dia memilih untuk menjadi "warga" AS. Seorang anaknya dilahirkan di AS. Dia diberi peluang untuk menjadi warga negara itu.

Manakala William pula dilanda kerisauan berpanjangan apabila Kate didiagnosis kanser perut yang kini tidak diketahui sudah pulih atau masih dalam rawatan.

Alangkah tenangnya jika masih ada Diana, William dan Harry untuk bersandar di bahu ibunya, tempat menceritakan kelelahan diuji cabaran.



Berbahagiakah Raja bila ceraikan Diana kerana memilih cinta seorang gundik? Rasanya dia tidak juga temui detik itu kerana akhir-akhir ni dilaporkan banyak berlaku skandal baharu.

Bagaikan nasi menjadi bubur. Kekecohan demi kekecohan dilaporkan oleh berita gossip. Daripada cubaan menguasai operasi istana, mengatur arah "pelik".

Nasib baik ada anak perempuan Ratu Elizabeth, Puteri Anne yang tampil sebagai "wira" meneruskan tradisi menjaga imej keluarga diraja daripada tercemar dan diporak perandakan.

Kes "kecurian" khazanah intan permata, tiara dan barang-barang kemas pesaka milik ratu dan Diana dilaporkan berlaku di istana, berjaya diselamatkan dengan campur tangan Anne dan anak saudaranya William, yang diberi kuasa menguruskan harta dan perihal diraja.

Malah turut digossipkan adanya pelan "mencuri" pesaka hak milik keluarga diraja itu yang dikatakan dirancang dengan teliti oleh kerabatnya.

Sebuah istana dikatakan mahu ditukar nama kepada pemilik baru, nasib baik Charles cekap memeriksa dokumen sebelum tandatangani.

Tidak cukup itu, beberapa anggota kerabat sebelah "orang luar" dikatakan diserap sebagai kontraktor utama Istana Buckingham termasuk menyediakan hidangan diraja, pengiring dan orang utama dalam pengaturan majlis keraian.

Putera William terus naik beranglah, dia bertindak tegas dengan memecat dan "menghalau" keluar pertualangan yang mahu "merampas" hak istimewa keluarga diraja.

Camilla juga tidak bahagia dan angan-angannya untuk mendapat sanjungan rakyat macam jauh api daripada panggangnya.

Dia dari awal diangkat tarafnya, berdepan dengan teguran celupar daripada penulis gosip keluarga diraja itu. 

Tular macam-macam keaiban diviralkan. Ratu ceret-beret, ratu kentut berterabur, emak tiri yang cuba lagakan anak-anak Diana, cuba memberikan anaknya elaun diraja.

Malah akhir sekali, dia dikatakan mahu cucunya dikahwinkan dengan anak William supaya nama keluarganya kekal diingati istana.

Dalam usia 76 tahun, Camilla sudah tua ganyut, muka penuh dengan jutaan kedutan dan semestinya tidak cantik serta tiada daya tarikan untuk mempopularkan negara itu.

Ini juga menjadi asabab dia payah menyumbang  kepada pertumbuhan ekonomi keluarga diraja.



Jika Charles dan Diana dulu-dulu, semua ole-oleh perkahwinan mereka, sambutan hari jadi, perasmian kemahkotaan itu sudah pasti menarik jutaan pengunjung ke Britain.

Dari situ, penginapan, jualan apa saja cenderahati memberi pulangan wang yang besar kepada sektor tertentu sebab Keluarga diraja sudah dikomersial begitu. Orang beli teruja memiliki perhiasan itu untuk memori.

Sekarang keluarga England dah tak ada "daulatnya", Raja dan pasangan tidak lagi diraikan gemerlapan dan sanjungan tu juga tidak begitu meriah kalau tiada Harry atau William.

Tanggal 31 Ogos setiap tahun ketika Malaysia, bekas tanah jajahan Britain meraikan kemerdekaan, kita sebenarnya turut saja sedih sebab nahas di Paris itu telah membuat kehilangan wanita yang cantik jelita.

Diana kekal dalam imej AI dan anak-anaknya adalah penyambung legasi seorang puteri jelita yang meninggalkan dua pewaris untuk mengekalkan empayar Great Britain. - KitaReporters


10
14
0
10
0
You will be interested