BERAKHLAK mulia tidak kira usia kerana apabila kita berbudi pasti ramai orang yang menyayangi kita dan menghormati kita.
Tular sebuah kisah seorang kanak-kanak yang memohon maaf dalam sepucuk surat yang ditulis olehnya sendiri kerana dikatakan termuntah di dalam surau akibat keracunan makanan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mohon maaf
Menerusi posting dalam Facebook, budak itu dilihat menulis surat sebagai tanda permohonan maaf kepada AJK surau berkenaan kerana tidak sengaja termuntah.
Namun, ramai orang yang memuji sikap kanak-kanak ini kerana meminta maaf dan lebih mengharukan apabila beliau juga menyelit sekeping duit RM100 kepada pihak surau untuk membersihkan muntahnya itu.
Dari surat ini, adik itu menyakan bahawa dia tidak sempat untuk membersihkan muntahnya itu kerana perlu ke sekolah dan kereta ayahnya itu menghalang kenderaan lain.
Rata-rata warga maya yang melihat video ini memuji sikap adik ini yang sangat bertanggungjawab dan berani untuk mengaku akan kesalahannya itu.
Bukan itu sahaja, netizen berpendapat bahawa didikan ibu bapa kanak-kanak ini sangat memainkan peranan untuk membimbing seorang anak berakhlak mulia. - KitaReporters