Gambar hiasan
MISTERI kehilangan gigi milik seorang lelaki yang cedera ketika menyertai kejohanan bola keranjang akhirnya terjawab apabila menemui dua batang gigi berkenaan di atas kulit kepala lawannya sendiri.
Memetik Global Times pada 2 Februari 2023 lalu, kisah lucu berkenaan berlaku di wilayah Guangdong, selatan China ketika dua pemain kejohanan berkenaan daripada pasukan berlainan dilaporkan cedera kesan pertembungan ketika beraksi di gelanggang berkenaan.
Keadaan itu menyebabkan gigi salah seorang pemain itu hilang dan mengalami kecederaan pada bahagian muka.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan cerita-cerita melucukan
"Kami berdua cedera ketika pertembungan berkenaan. Mulut lawan saya berdarah dan dua giginya didapati hilang.
“Ketika itu pula kepala saya pula berdarah, namun bertahan kerana tidak terlalu sakit,” kata pemain bola keranjang berkenaan yang enggan mendedahkan namanya.
Bagaimanapun selepas enam hari berlaku, pemain berkenaan berkunjung ke klinik kerana tidak selesa dengan keadaan pada kepala.
Pada awalnya doktor yang merawatnya tidak mengesan sesuatu yang berlaku di kepalanya. Malah doktor berkenaan hanya memintanya untuk mencuci kuman pada luka.
Alangkahnya terkejut ketika mencukur rambut dan mencuci kesan luka, doktor menemukan dua batang gigi yang melekat di kepalanya.
"Rupanya, gigi itu sudah melekat di kulit kepala saya selama enam hari," katanya.
Kongsi lelaki malang itu, pada kejohanan berkenaan kedua-dua pasukan ada membantu rakannya itu mencari gigi di seluruh dewan berkenaan namun tidak menemui.
Rupa-rupanya gigi tersebut ‘berkampung’ di atas kulit kepalanya sendiri. Patutla tak jumpa!.
Lucu tetapi inilah yang berlaku, semoga pemain bola keranjang lain tidak ‘ganas’ ketika beraksi di pentas kejohanan supaya kejadian sama tidak berulang. - KitaReporters