Insan & Komuniti 15 Jan, 2023

Video| Kita tabik wartawan ini! Dekat atas motosikal pun boleh buat laporan berita! Dasyat kau dik!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


PEKERJAAN sebagai seorang wartawan bukanlah sebuah pekerjaan yang glamor namun cabarannya yang dihadapi semasa melakukan kerja tersebut tidak ramai yang nampak untuk memberi sumber berita terbaik kepada semua orang tanpa mengira hujan, panas, dan bahaya yang menimpa.

Sebuah rakaman video dalam TikTok telah tular memaparkan seorang wartawan yang dilihat sedang bertugas sambil menaiki 'gojek' telah menjadi perhatian ramai orang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kerjaya wartawan


Dikatakan wartawan tersebut dari RTM sedang membuat stand upper ketika membonceng motosikal yang bergerak sememangnya sangat mencabar untuk membuat laporan berita sedemikian kerana kenderaan sedang bergerak, dengan bunyi yang tidak stabil.

Laporan berita yang dibuat oleh wanita ini di Jakarta, Indonesia dengan gaya yang cukup selamba melaporkan keberadaan Perdana Menteri kita di Indonesia.

Tindakan wartawan ini sememangnya telah mendapat pujian netizen kerana mampu menjalankan tugasan yang diberikan walaupun sedang mebonceng motosikal.



Semoga dimurahkan rezeki buat wartawan wanita ini dalam alam pekerjaanya. - KitaReporters

12
16
0
12
0
You will be interested