Insan & Komuniti 19 Dec, 2022

Innalillahi! Korban banjir serentak! 3 beradik maut akibat terkena renjatan elektrik! Main air banjir!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

MAYAT tiga beradik, Nurul Syazwani Nadzri, 33; Sakinah, 29; dan Norfatihah, 27, meninggal dunia serentak akibat dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Bendang Surau, Morak, Tumpat, Kelantan pada pukul 11.45 pagi, Isnin 19 Disember 2022. - kredit foto Inforakyat.net


BANJIR yang melanda di negeri Kelantan sejak tiga hari lalu telah mengorbankan tiga nyawa serentak apabila tiga beradik ditemui mati akibat dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Bendang Surau, Morak, Tumpat pada pagi tadi, Isnin 19 Disember 2022. 

Ketiga-tiga mangsa maut itu ialah Nurul Syazwani Nadzri, 33; yang merupakan seorang guru tadika dan dua adiknya Sakinah, 29, serta Norfatihah, 27, meninggal dunia di lokasi kejadian.


Lagi kisah-kisah tragedi berkaitan kejadian-kejadian maut

MAYAT tiga beradik akibat terkena renjatan elektrik ketika bermain air banjir berdekatan rumahnya.- Kredit foto: Inforakyat.net


Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi tadi,  tiga beradik itu dikatakan sedang bermain air banjir tidak jauh dari rumah mereka. 

Salah seorang keluarga mangsa Mohd Amin Mohd Nazir, 25, berkata kejadian itu disedari seorang jiran yang melihat Nurul Syazwani memegang sebatang tiang sebelum terjatuh ke dalam air banjir.

Menurutnya, apabila melihat kakaknya terjatuh, kedua-dua beradik itu cuba membantu mangsa menyebabkan Sakinah dan Norfatihah juga turut terkorban dalam kejadian malang tersebut.


Kredit foto : Inforakyat.net


Jiran yang melihat kejadian tersebut cuba menyelamatkan mangsa sebelum menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tumpat.

Difahamkan, tiang yang dipegang oleh Nurul Syazwani itu terdapat sambungan dawai elekrik yang pecah menyebabkan ada pengaliran elekrik pada tiang.



Sementara itu, Pegawai Operasi BBP Daerah Tumpat,  Marzuki Awang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.12 tengah hari.

Serentak dengan itu, sembilan anggotanya berkejar ke lokasi kejadian dan mendapati semua mangsa sudah meninggal dunia. - KitaReporters


POLIS membawa mayat ke hospital. - Kredit foto: Berita Harian 


10
9
2
17
2
You will be interested