Insan & Komuniti 22 Aug, 2022

Keluarga Malaysia solat hajat, berzikir, berdoa! Bersama Perdana Menteri! Munajat Keluarga Malaysia!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this




[BERNAMA] Hampir 10 ribu jemaah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam tadi, 21 Ogos 2011 di Masjid Putra, Putrajaya untuk solat hajat dan berzikir pada program Munajat Keluarga Malaysia.

Beliau tiba di Masjid Putra kira-kira 8.24 malam, yang kemudiannya diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad untuk menjamu selera, sebelum menunaikan solat Isyak berjemaah.

Turut serta ialah beberapa menteri Kabinet antaranya Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa; serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.


Lagi cerita-cerita menarik berkaita aspirasi Keluarga Malaysia




Solat Isyak diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Salahuddin Ghozali manakala solat hajat pula diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah.

Ia disusuli bacaan zikir munajat dan qasidah dipimpin secara bersama oleh beberapa selebriti terkenal seperti Munif Ahmad.

Sementara itu, tausiah disampaikan oleh pendakwah bebas Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid manakala bacaan doa Keluarga Malaysia oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Ismail Sabri turut menyampaikan bantuan kepada 20 buah pusat tahfiz, pondok, institusi kebajikan dan rumah anak-anak yatim.



Program Munajat Keluarga Malaysia anjuran Yadim itu diadakan bersempena setahun Ismail Sabri menerajui kerajaan

Munajat Keluarga Malaysia itu dijalankan serentak di enam lokasi iaitu Putrajaya, Kedah, Pahang, Sabah, Sarawak dan Johor.

Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan pada 21 Ogos 2021. - Bernama



10
9
0
5
0
You will be interested