Kerana tidak dapat menahan nafsu, satu pasangan bercinta telah terlanjur sehingga hamil enam bulan. Perkara sumbang itu tidak diketahui pihak keluarga dan kedua-duanya merancang perkahwinan.
Bagaimanapun perbuatan sumbang itu diketahui pihak keluarga si wanita yang terbaca perbualan kedua-duanya dalam WhatsApps telefon. Pihak keluarga tetap menguruskan perkahwinan mereka.
Si lelaki yang dikenali sebagai RI bersama anggota keluarga pada Selasa, 18 Jun 2024 bertandang ke rumah si perempuan, Nurdalila Turvenur di Kelurahan Dufa-dufa, Kecamatan Ternate Utara, Kota Ternate, Maluku Utara sekitar jam 10 malam.
Ketibaan rombongan lelaki disambut baik oleh kelurga pihak wanita. Dalam video yang beredar, proses akad nikah itu mulanya kelihatan normal.
Pengantin lelaki duduk berhadapan dengan wali nikah (si abang) lalu melangsungkan ijab kabul dengan disaksikan oleh penghulu (tok kadi), keluarga kedua-dua mempelai dan tetamu undangan.
“Saya Muhammad Fahri Turvenur menikahkan engkau dengan adikku yang bernama Nurdalila Turvenur dengan sebuah cincin emas seberat 2 gram,” ucap si abang.
"Saya terima nikahnya dengan maharnya tersebut," balas mempelai lelaki.
Akibatnya, situasi berubah menjadi kacau-bilau. Mempelai lelaki membalas lalu berlaku tumbukan antara kedua-duanya. Hadirin yang lain cuba meleraikan pergaduhan mereka.
Namun anggota keluarga kedua-dua pihak memujuk tidak membatalkan pernikahan dan pihak perempuan meminta maaf akan kekasaran itu.
Pengantin wanita yang menyaksikan pergaduhan itu tertekan dan pengsan beberapa kali sehingga seorang ustaz membuat air penawar.
Ibu pengantin lelaki meminta anaknya segera membawa menantunya ke hospital kerana bimbang akan kandungannya sudah berusia 6 bulan. Ibu pengantin tidak sabar melihat cucunya tiga bulan lagi.