Insan & Komuniti 08 Apr, 2021

Lawak betul! Sepandai-pandai pencuri masuk ke rumah, akhirnya ditangkap polis kerana tertidur!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Athit tidur nyenyak dan mamai ketika dikejut. - Kredit foto:Eva.vn

HENDAK melakukan sesuatu perkara jahat namun ada yang tertangkap atas kebodohan atau kecuaian diri sendiri. Inilah takdir atau orang sekarang kata "Tuhan bayar cash (tunai)".

Ini adalah perkara yang dianggap lucu terjadi pada seorang pencuri bernama Athit Kinkhuntod. Athit bercadang merompak sebuah rumah yang agak mewah yang didapati kosong beberapa hari.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mencuri

kejadian yang menimpa Athit dianggap melucukan. - Kredit foto: Eva.vn

Pada kira-kira pukul 2 pagi pada 22 Mac 2021 lalu, dia menyelinap ke rumah berkenaan di kawasan Ron Selatan, Daerah Wichian Buri, Wilayah Phetchabun, utara Thailand bagi mencuri.

Kerana keletihan dan mengetahui tiada orang di rumah, Athit tidak mahu terburu-buru mencuri, sebaliknya dia bercadang berbaring sejenak di dalam salah sebuah bilik dan memasang pendingin udara dan berselimut untuk keselesaan.

Kerana tidur nyenyak membuat Athit terbangun pada keesokan harinya

Dan secara kebetulan tuan rumah, Jiamprasert, pulang dari kerja dan terkejut dari luar mendapati bilik anak perempuannya terang sedangkan anaknya belajar di luar daerah.


Athik tidak melawan ketika ditahan. Kredit foto: Eva.vn

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena,  tuan rumah itu melihat dari tingkap dan mendapati seorang sedang nyenyak tidur.

Dia lalu menghubungi polis. Tidak lama kemudian, polis tiba dan menemui pencuri masih tidur nyenyak. Pencuri ini ditangkap dalam keadaan mamai, tidak sedar sepenuhnya,

Orang ramai yang mengetahui cerita ini ketawa akan cerita lucu ini. - KitaReporters

0
0
0
1
0
You will be interested