SEBUT sahaja Uncle Kentang, insan terpuji ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Satu Malaysia sudah mengenali dan mengetahui kemulian hati lelaki berbangsa Cina itu yang sering membantu golongan kurang berkemampuan. Menerusi perkongsian dalam laman Facebook miliknya, pemilik nama sebenar, Kuan Chee Heng itu berharap dapat meneruskan kerja-kerja murni membantu golongan yang memerlukan. : KitaReporters
MINI ambulans yang dijual pada harga RM20 bagi membantu dirinya untuk membakti kepada mereka yang memerlukan. - Kredit foto: Facebook Uncle Kentang
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Uncle Kentang:
https://kitareporters.com/search?search=uncle+kentang
Terbaharu beliau juga menyatakan hasrat untuk terus membantu pesakit yang berada pada peringkat akhir atau yang tiada harapan untuk sembuh.
Katanya, kebiasaannya pesakit ini hanya mahu pulang ke rumah seperti apa dinasihatkan oleh doktor. Namun disebabkan berdepan masalah kewangan, golongan itu sering berdepan masalah untuk kembali sekiranya pesakit dalam keadaan terbaring.
DITEMPAH khas untuk dijual kepada masyarakat menambah dana bagi membantu masyarakat yang berdepan masalah kewangan.
Keadaan itu mendorong Uncle kentang terus berbakti kepada
golongan berkenaan.
Beliau yang mempunyi perkhidmatan ambulans sebelum ini juga menyatakan tidak sanggup menerima bayaran jika ada yang mahu menghulurkan.
MAHU memberi bantuan kepada pesakit yang yang tiada harapan untuk sembuh.
"Saya tidak sanggup mengambil wang mereka. Saya selalu
minta agar mereka simpan sahaja wang untuk kegunaan mereka sendiri”, katanya.
Beliau juga tidak mahu menambahkan beban pada keluarga pesakit. Oleh yang demikian, beliau berharap agar orang ramai dapat membantunya.
MERAYU kepada semua rakyat untu sama-sama berganding bahu memberi sokongan, sekali gus dapat membantu golongan yang memerlukan.
Sehubungan itu, beliau merayu untuk semua rakyat di negara
untuk sama-sama memberi sokongan dengan membeli
ambulans mini Uncle Kentang yang berharga RM20 setiap satu, sekali gus
membolehkan dirinya terus berbakti kepada masyarakat.
“Bolehkah kita bekerjasama untuk merealisasikan hasrat terakhir pesakit ini? Bantulah perkhidmatan kami," ujarnya lagi.
Bagi mereka yang berhasrat untuk menyatakan sokongan
bolehlah mengunjungi www.kentangcafe.com untuk
mendapatkan mini ambulans yang bernilai RM20 menerusi pembelian dalam talian.
Semoga bantuan kecil kita dapat meringankan beban
golongan yang memerlukan.
Pertengahan November lalu, Uncle kentang melancarkan
ambulans ke-8 untuk kemudahan individu yang memerlukan perkhidmatan itu di
sekitar Lembah Klang.
Tegasnya, dia mahu memperluaskan lagi perkhidmatan ambulans secara percumanya itu
ke seluruh negara. : KitaReporters