SETIAP kali tiba hari lahir seseorang dalam ahli keluarga kita, pelbagai perkara yang dibincang sesama adik beradik sendiri untuk membeli hadiah terbaik dan lakukan kejutan yang macam mana. Sapa tidak gembira kalau dapat hadiahkan, tambahan pula datang daripada ahli keluarga kita sendiri biarpun hadiah itu biasa saja. : KitaReporters
Bukan hadiah menjadi ukuran tetapi nilai kasih sayang sesama ahli keluarga itu lebih berharga dari segalanya.
Itulah yang terjadi kepada ahli keluarga Pojie Nawawi apabila mereka adik beradik sepakat memberikan hadiah telefon kepada abang sulung mereka.
Kredit Video Pojie Nawawi.
Mesti kita juga pernah alamai detik seperti itu kan. Setiap orang ada cara tersendiri untuk meraihkannya.
Biarpun hari lahir abangnya sepatutnya minggu hadapan, tetapi disebabkan terlalu gembira dan tak sabar, mereka awalkan pemberian hadiah tersebut.
Tetapi reaksi abang Pojie pada saat menerima hadiah itu sangat mahal!!!
Kelu lidah, hilang kata-kata dan akhirnya mutiara jernih gugur dari mata abangnya biarpun abangnya seorang yang cukup susah nak menangis.
Guyss, dapat hadiah telefon kot, sapa tak menangis.
Reaksi dalam video itu juga memberi mesej kepada kita bahawa keakraan mereka sangat utuh.
Kredit Twitter Pojie Nawawi
Bagi Pojie, hadiah telefon yang diberikan oleh mereka adik beradik kepada abangnya itu tidaklah sehebat mana jika dibandingkan dengan kasih sayang seorang abang yang memberi kasih sayang sejak mereka kecil sehingga besar.
Anda dah tonton ke belum? Kalau belum, ayuh cepat tonton.
Sediakan tisu!!
So sweet!!! Siapa yang menonton video itu mesti emosi terusik secara tidak langsung.
Video berdurasi 1.06 saat itu telah ditonton lebih 100,000 tontonan. - KitaReporters