..
Fayaz memotong reben perasmian menggunakan giginya setelah gunting yang digunakan didapati tumpul. - Kredit foto: India.com
Menjadi kebanggaan di Pakistan apabila pihak pemilik syarikat dapat mengundang seorang menteri bagi merasmikan sebuah kedai baharu.
Sebuah kedai elektronik di Rawalpindi bertuah apabila Menteri Penjara, Fayaz-ul-Hassan Chohan, sedia melakukan majlis perasmian dengan memotong reben.
Fayaz diberikan sebilah gunting kecil untuk memotong reben perasmian dalam majlis yang berlangsung pada Rabu, 2 September 2021. Sayangnya gunting itu tumpul!!
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Pakistan
Dua kali dia cuba mengunting tetapi tidak berjaya. Lalu secara spontan, Fayaz menggigit reben itu untuk memotongnya sehingga putus.
Perbuatan spontan ini disaksi o0leh tetamu dan mereka spontan ketawa besar sambil bertepuk tangan.
Fayaz tidak malu dengan perbuatannya, malah bangga melakukan sesuatu kelainan. Justeru Fayaz memuatkan insiden itu dalam laman Twitternya lalu cepat tular.
Sejumlah pengunjung Twitter memberi komen positif dan memuji tindakan Menteri itu yang tidak malu melakukan perkara itu. Ia memberi kesan positif bagi kerjaya politiknya.
Memotong reben menggunakan gigi mungkin kejadian pertama dan lebih menarik, ia dilaku oleh golongan VIP bertaraf menteri. - KitaReporters
Tags: