Perkahwinan dikatakan bagai anak dan cucu ini tular dan menjadi bahan perbahasan. - Kredit foto: Tribune News.
Di pulau Sulawesi, Indonesia sering terjadi perkahwinan unik termasuk jarak usia yang begitu jauh. Satu lagi perkahwinan unik terjadi di Dusun Cippaga, Kabupaten Bone, Sulawesi Selatan pada Rabu, 7 April 2021.
Kali ini seorang lelaki bujang tua bernama Bona berusia 58 tahun mengahwini anak dara baru berusia 19 tahun.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Pulau Sulawesi
Perkahwinan ini dianggap unik kerana sebenarnya dia melamar si ibu yang merupakan janda beranak tiga berusia 50 tahun.
Namun janda itu menolak lamaran Bona yang mempunyai hubungan saudara. Sebaliknya janda yang sudah lama sendirian itu menawarkan Bona mengahwini anak sulungnya yang baru berusia 19 tahun.
Menurut laporan kompas.com, pernikahan berlangsung di rumah nenek mempelai perempuan di Dusun Cippaga, Desa Bana, dengan pakaian adat Bugis berwarna putih. Ira selama ini tinggal bersama neneknya.
Bona hanya petani yang pulang ke kampung setelah 10 tahun merantau ke Sulawesi Tenggara.
Namun menyatakan Ira reda dengan permintaan ibunya dan berniat untuk menjaga suaminya yang sudah memasuki usia tua.
Bagaimanapun usia perkahwinan ini masih terlalu awal untuk memastikan sama ada perkahwinan itu akan bahagia atau sebaliknya. - KitaReporters