Insan & Komuniti 24 Sep, 2020

Gotong royong penduduk! Baiki pondok polis rosak kena ribut!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

“Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada.” Begitulah slogan yang sering dilihat dan terpapar di mana sahaja sama ada di balai polis atau premis lain pasukan keselamatan itu bagi mencerminkan ia sering bersama masyarakat. Slogan tersebut bukan untuk pemanis kata atau suka-suka. : KitaReporters

Ahli MPKK Kampung Jabi, Setiu bergotong royong menukar atap Pondok Polis Jabi yang rosak dilanda ribut.


Lagi cerita-cerita berkaitan polis:

https://kitareporters.com/search?search=polis


Baru-baru ini, kata-kata itu diterjemahkan oleh komuniti dengan perbuatan bagi membuktikan pembabitan masyarakat juga turut membantu polis.

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Jabi, Setiu, Terengganu, membuktikan ungkapan keramat Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu dipraktikan dengan perbuatan apabila mereka mengadakan gotong royong membaiki kerosakan Pondok Polis Jabi yang terjejas dilanda ribut.

Ia berikutan bumbung dan atap pondok polis terbabit tercabut selepas diterbangkan angin kuat dalam kejadian petang Khamis, 17 September 2020 lalu.

Gotong royong  menukar atap pondok polis yang dilakukan oleh ahli MPKK Kampung Jabi, Setiu


ADUN Jabi Dr Azman Ibrahim


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim yang prihatin dengan kejadian itu turut menghulur bantuan bagi pembiayaan membaik pulih kerosakan yang dialami di premis berkenaan. 

Katanya, inisiatif berkenaan diambil bagi mengekal dan meningkatkan jalinan baik antara pihak berkuasa dan komuniti.

"Polis dan masyarakat berpisah tiada. Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jabi bergotong-royong baik pulih atap Pondok Polis Jabi yang rosak dalam kejadian ribut yang melanda kawasan tersebut. 

"Itu seekadar sumbangan kecil kami berbanding besarnya pengorbanan anggota keselamatan sehingga kami mampu tidur lena di malam hari. Semoga dengan usaha ini dapat memberikan keselesaan untuk terus berkhidmat. Terima kasih semua,’’ katanya dalam satu kenyataan. 

Dr Azman turun padang meninjau tanaman padi yang rosak dalam kejadian ribut di kawasan projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utaraa (KETARA)


Dalam kejadian ribut terbabit, sekitar 30 buah rumah, kedai serta tanaman padi turut terjejas

Dr Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, berkata, pihaknya kini sedang mengumpulkan data lengkap bagi kerosakan dialami kira-kira 160 orang pesawah.

"Setakat ini, kawasan sawah yang terlibat ialah seluas 97.2 hektar, melibatkan daerah Besut dan Setiu. Ia membabitkan kawasan seluas 82.2 hektar sawah padi di bawah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA KETARA) dan selebihnya terletak di luar kawasan jelapang tersebut.

"Kerugian keseluruhan setakat ini dianggarkan berjumlah RM567,000 yang dikira berdasarkan potensi hasil dan harga pasaran semasa bagi satu tan hasil padi," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan tanaman padi yang terjejas di baruh Gong Telikong, Jabi dan baruh Kampung Dengir, Kuala Besut. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested