Selepas ini dia akan memberi tumpuan kepada menjaga kebajikan golongan orang kurang upaya (OKU) kerana Isnin, 18 Mei 2020, dia akan dilantik sebagai Senator bagi menjaga kepentingan OKU.
Ras Adiba ketika itu baru berusia 18 tahun.
Bermula sebagai penyelaras pakaian, tidak lama kemudian dia dilantik sebagai wartawan penyiaran, pengulas sukan, penerbit dan penyampai berita.
Ras Adiba dianggap sebagai penyampai berita termuda negara ketika itu. Populariti Ras Adiba lebih memuncak kita dia bertugas sebagai pengulas sukan.
Namun kegiatannya dalam bidang penyiaran terencat setelah mengalami kemalangan motosikal berkuasa tinggi pada 1995 menyebabkan kecederaan tulang belakang.
Dia kemudian tidak boleh berjalan setelah terjatuh di bilik air rumahnya. Mulai tahun 2002 dia disahkan lumpuh separuh badan dan menjalankan sejumlah fisioterapi.
Namun kecatatannya tidak menghalang minatnya untuk tetap melakukan kerja dalam bidang perniagaan.
Lalu di samping menjalankan perniagaan, Ras Adiba turut menjadi penyampai berita separuh masa 7 Edition, ntv7.
Malah Ras Adiba turut menjadi newscaster bagi IGnya ketika melakukan kerja kebajikan menyampaikan bantuan kemanusiaan Covid-19.
Ras Adiba memperlihatkan pemakaian kerusi khas itu dalam entri terbaharunya dalam IGnya @RasAdibaRadzi.
Selama ini ramai pengikut siaran berita 7 Edition sangsi melihat Ras Adiba mampu menyampai berita seperti penyampai lain hingga ada yang menganggap bahawa dia sebenarnya tidak cacat.
Kini kita akan melihatkan tugas Ras Adiba sebagai Senator.
Dengan kedudukan sebagai Senator, bukan mustahil dia akan dilantik sebagai Timbalan Menteri atau Menteri.
Sebagai Senator boleh dilantik selama dua penggal atau enam tahun.
Berikut adalah catatan Ras Adiba dalam entri terbaharunya :
"Setelah 34 tahun, saya bakal tinggal kan sesuatu yang saya kasihi & dikasihi. Saya hidup, makan, lena & bertugas sebagai Penyelaras pakaian, Wartawan siaran, Pengulas sukan, Penerbit & Penyampai berita.
"Sejak 1986 di Jln Liku, saya menjadi Penyampai berita termuda negara. Saya seronok pabila diberi tugasan luar & membaca berita.
"Ianya hidup saya.Teruja sungguh pabila mendengar kiraan saat untuk ke udara & sejurus lampu dinyalakan.
"Namun hari ini adalah hari yang saya tahu akan jelang tetapi tidak tahu kapan akan tibanya.
"Saya adalah seorang pemberita selamanya & berat sungguh untuk saya buat keputusan ini. Saya harus tinggalkan kamu aduhai, jiwa saya.
"Dan malam ini jam 8 di NTV7, berakhirlah sudah kisah cinta kita. Pabila dengan perlahan saya cabut keluar mikrofon yang tersemat di kolar jaket & alat pendengaran dari dalam telinga saya.
"Kalbu saya teresak menangis kerna inilah pengakhirnya.Terima kasih TV3, terima kasih NTV7. Maaf kerana saya terpaksa berundur, bukan kerana tidak sayang tetapi kerana rancangan Illahi sudah tersusun rapi.
"Esak saya teramat sungguh namun tidak akan mahu saya ucapkan selamat tinggal. Apa mungkin saya akan dirindui? "
Selamat maju jaya Ras Adiba Mohd Radzi!! : KitaReporters