Insan & Komuniti 15 May, 2020

Raffi Ahmad jual kereta antik! Bagi derma kepada frontliners

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
SALAH seorang selebriti popular Indonesia Raffi Ahmad, 33, mendermakan hasil jualan kereta antik mini jenama Morris kepada petugas barisan hadapan perubatan bagi penyediaan set peralatan perlindungan diri (PPE) yang meliputi pakaian dan penutup muka. Kereta antik itu dijual pada harga Rp1 bilion (kira-kira RM300,000): KitaReporters 

Kereta antik bertukar tangan daripada Raffi Ahmad (kiri) kepada Denni Cagur. - Kredit foto: IG Raffi Ahmad

Ia dijual kepada sahabat karibnya Denni Cagur yang  membayar lebih awal berbanding seorang lagi sahabat, Baim Wong. 

Kira-kira tiga bulan lalu, Raffi membeli kereta antik itu daripada selebriti Andre Taulary dengan harga Rp700 juta (kira-kira RM210,000).

Raffi sebelum ini membeli kereta mini antik itu untuk anaknya, Rafathar yang baru berusia tiga tahun dan tindakan membeli kereta itu untuk anaknya tidak direstui oleh isterinya, Nagita Slavina.

Raffi adalah antara selebriti yang menerima kesan mendalam iaitu terjejas pendapatan sebagai insan seni.

Raffi Ahmad mengabadikan kenangan kereta antik Morris besama anak, Rafatha dan isteri, Navita Slavina sebelum kereta tersebut dijual.


Sejumlah program TV yang dihoskan terpaksa dibatal hingga menjejaskan pendapatan bulanannya.

Bagi memastikan pendapatan gaji pekerjanya baik di rumah mahupun beberapa syarikatnya tetap dibayar, Raffi memperuntukkan hasil simpanan peribadinya untuk urusan pekerjaan kepada pekerjanya hingga hujung tahun ini.

Selama ini Raffi Ahmad dikenali sebagai personaliti TV yang berpendapatan paling tinggi di Indonesia dan boleh menjadi hos dalam enam rancangan TV dalam sehari.

Selain itu dia juga pernah menjadi pelakon dan penyanyi ini turut mempunyai beberapa perniagaan dan mempunyai sejumlah kereta dan motosikal berkuasa tinggi mewah. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested