Insan & Komuniti 11 Jun, 2022

Video| Johnny Depp kembali! Kembali berlakon, lancar album! Pantas kumpul jutaan pengikut medsos!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Selamat hari jadi Johnny Depp yang diraikan oleh para peminatnya di seluruh dunia. - Kredit foto: IG Johnny Depp


DALAM masa tidak sampai seminggu dan sempena hari jadi ke-59 pada Khamis, 9 Jun 2022 lalu, pelakon Johnny Depp yang kini hangat diviralkan sebagai wira keganasan domestik menjadi antara pemain TikTok dan Instagram terpantas di dunia kerana dapat mengumpul 25 juta pengikut selepas siaran video pertamanya dimuat naik.

Depp yang mula menyiarkan video dalam TikTok dan diulang siar dalam Twitter pada 6 Jun 2022 lalu, mulanya berjaya mengumpul 10 juta pengikut dalam tempoh 24 jam

Malah masa Instagram rasmi yang dipaparkan tanpa sebarang catatan ketika dimuat naik kecuali biografi “Occasional Thespian.” mencatat 3 juta pengikut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan dunia glamor Hollywood

Akhbar Independent melaporkan pada Selasa 7 Jun 2022, Kapten Jack Sparrow dari Lautan Caribbean menyiarkan video pertamanya dalam TikTok yang berterima kasih kepada peminatnya kerana terus menyokongnya, setia yang tidak berbelah bagi. Video itu turut memaparkan Depp bermain gitar di pentas, melambai tangan kepada peminat di luar mahkamah bagi, Fairfax County, Virginia.

Video rasmi itu turut menobatkan dirinya sebagai wira mangsa penderaan keganasan domestik selepas menang saman fitnah ke atas bekas isterinya, Amber Heard, di mahkamah sama yang berlangsung selama enam minggu. Depp diwakili sembilan peguam termasuk peguam wanita, Camille Vasquez yang turut mencipta nama paling popular di dunia hiburan dan guaman.



Malangnya, ucapan oleh Kapten Jack Sparrow yang terkenal dari filem Pirates of Caribbean itu disambut hambar oleh Amber Heard. 

Menerusi jurucakapnya kepada E! News, berbunyi "Ketika Johnny mahu terus bergerak ke depan, hak asasi wanita kini undur ke belakang. Keputusan juri itu memberi mesej kepada mangsa dera yang lain berhentilah, jadi takut untuk bercakap benar."

Manakala Reuters pula melaporkan Camille bukan saja menjadi buruan ejen pencari bakat baru untuk industri filem Hollywood tetapi juga dilantik rakan kongsi oleh firman guaman Brown Rudnick kerana berjaya mengagalkan pelakon Aquaman dalam misinya menghancurkan kerjaya bekas suaminya itu.

Pengerusi Brown Rudnick, William Baldiga menyifatkan Camille memang layak mendapat jawatan itu kerana kecekapannya dalam membentangkan kes sampai berjaya dan kini dia bersedia memikul tanggungjawab berikutnya.



Sementara itu dalam satu topik hangat diviralkan dalam TikTok, eksekutif Warner Brothers dilaporkan sudah 'dipecat' dan studio filem itu mengesahkan Depp boleh kembali bila-bila masa saja untuk meneruskan penggambaran siri keenam filem Pirates of Caribbean itu.

Sebelum ini, mereka memecat Depp selepas dia kalah dalam saman fitnah pertamanya ke atas Heard yang memuatkan pengakuan hampir sama disiarkan oleh sebuah akhbar di United Kingdom (UK). Dan Depp turut mengakui fitnah Heard itu telah memusnahkan semua harapannya untuk meneruskan kerjayanya

Kini kemenangan itu akan digunakan untuk kembali berlakon dan Depp dijangka melancarkan album.



Surat Johnny Depp pada 2 Jun 2022. - Kredit foto: IG Johnny Depp.


Selepas menang saman di UK itulah, Heard yang seakan tidak serik itu kemudian mengulangi fitnah yang isi kandungannya hampir sama dalam satu kenyataan akhbar menyifatkan dirinya mangsa penderaan rumah tangga yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Amerika Syarikat. 

Kali ini Depp memulakan prosiding mahkamah yang menuntut ganti rugi dalam saman malu sebanyak RM219 juta (AS$50j). Kemudian disaman balas oleh Heard sebanyak RM 439 juta (AS$100j )

Depp atau John Christopher Depp II berasal dari Owensboro, Kentucky. Anak bongsu daripada empat beradik. Sejak kecil pernah menjadi mangsa dera ibu dan akibat hidup keluarga yang berpindah randah, dia mengambil keputusan berhenti sekolah ketika mereka menetap di Miramar, Florida. 

Pada usia 16 tahun, dia tekad menjadi pemuzik dan berpindah ke Los Angeles. 

Penampilan awalnya dalam filem "A Nightmare on Elm Street, "Cry Baby" dan Pirates of Caribbean yang melonjak namanya sehingga dia dikatakan pernah menjadi pelakon dibayar paling mahal dan mempunyai harta kekayaan yang bernilai RM2.8 bilion (AS$650 juta).



Sebuah jurnal ada melaporkan Jenama Dior yang mengupah Depp sebagai jurucakap untuk mempromosikan wangi lelaki Diorsauvage turut melonjak jualan koleksi itu di tempat keempat, paling laris di dunia. Malah dalam iklan yang disiarkan dalam TikTok hashtag #diorsauvage ditonton lebih 350 juta kali.

TikTok digambarkan sebagai gelanggang media terbuka (seperti televisyen) yang menyiarkan secara langsung perbicaraan yang dikatakan menjadi 'mahkamah rakyat' kerana penonton dapat mengupas dan mengejek Heard sepanjang berlangsung kes selama enam minggu di mahkamah Fairfax County itu. - KitaReporters


Surat Johnny Depp pada 6 November 2020. - Kredit foto: IG Johnny Depp.

11
13
0
5
0
You will be interested