Insan & Komuniti 27 May, 2021

Misteri ratusan mayat kembung di Sungai Ganges! Mangsa Covid-19? Cemari sungai, ancam kesihatan!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this


ADA mayat yang sudah kembung, kulit muka tertanggal, nampak tengkorak saja dan sebahagian besar mayat yang terapung ditemui di sepanjang sungai di India termasuk di Sungai Ganges (Sungai Ganga) yang seolah-olah sudah lama dibuang dan mereput, berbau busuk dan meloyakan.

Ada yang perutnya sudah menggelembung tunggu masa untuk meletup saja. Dan tragedi itu lebih membimbangkan penghuni yang bergantung hidup dengan hasil sungai itu kerana mereka takut untuk makan ikan yang dicemari malah bekalan air untuk kegunaan harian pula mungkin mengancam kesihatan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan India

Kredit foto: India Today



Pada kala India menjadi salah satu negara tertinggi dilanda Covid-19 yang meragut puluhan ribu rakyatnya setiap hari. Tiba-tiba `bala` lain pula menimpa dan mengejutkan apabila Sungai Ganges dipenuhi mayat terapung, terdampar seperti `sampah sarap`.

Dianggarkan dari 4,000 kematian sejak akhir April 2021 hingga hujung Mei 2021, meningkat 500 lagi setiap minggu dan mayat dikatakan dibuang ke sungai suci orang Hindu itu kerana keluarga mangsa yang rata-ratanya miskin serta sudah tidak mampu lagi menanggung kos menguruskan pembakaran mayat.

Akhbar Washington Pos melaporkan, apapun punca kematian itu sama ada diserang Covid-19 atau serangan jantung pada usia tua membuktikan sebahagian besar mayat `bertimbun` setiap hari dan kemungkinan besar keluarga memutuskan jalan mudah adalah membuangnya di sungai sebagai satu cara pengkebumian dan mayat itu kemudian akan mengalir ke laut untuk menjadi makanan hidupan marin.


Kredit foto: SocialMediaGossips.com


Gambaran ngeri mayat terapung itu memaksa kerajaan India bertindak segera dengan menghantar pegawai dan bot kawalan dan mengutip mayat keluarga malang itu. Kerajaan juga sudah mengarahkan pihak berkuasa tempatan dan negeri supaya bekerjasama menyediakan tempat pembakaran, kayu dan khidmat sami Hindu secara percuma.

Minion dalam satu cicipan di twitter pula memberitahu paparan video yang diperolehi dari KK Productions menunjukkan polis berkawal di sebatang sungai selepas beberapa mayat ditemui terdampar di daerah Ghazipur di Uttar Pradesh.

Pada Selasa,11 Mei 2021, sejumlah mayat ditemui terapung di sepanjang sungai termasuk di Sungai Ganges di Timur India di tengah-tengah peningkatan kes Covid-19. Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak dapat mengesan punca sama ada ada kaitannya dengan Covid-19.

Pegawai kesihatan turut memeriksa 71 mayat di Bihar itu. 


Kredit foto: Divya Bharat



Kes itu pada asalnya ditemui bila seorang pegawai alam sekitar, di Sujabad, Darsan Nishad, 35, ditugaskan bersama kakitangan lain untuk memeriksa laporan awal pertemuan mayat terapung di sungai itu. Kemudian ia membawa kepada penemuan beratus-ratus mayat yang lain. Mereka kemudian mengalihkan lapan mayat dari tebing sungai dan selesai pemeriksaan, satu acara pembakaran dilakukan.

“Kami pun tak tahu punca kematian ini dan asal usul penduduk ini. Sama ada mereka sakit akibat Covid-19 atau penyakit lain,” katanya ketika menunjukkan tempat pertama mayat berkenaan ditemui.

Sebelum itu agensi Reuters melaporkan, angka kematian Covid-19 melonjak naik sejak Mei 2021 sehingga kerajaan India mengesahkan menemui sejumlah mayat terapung di Sungai Ganges dan menguburkan di kawasan berhampiran.

“Air Sungai Ganges sangat suci dan kami percaya sekali menyelam di dalamnya, anda akan dilindungi sepanjang hayat. Orang Hindu memuja sungai ini sebagai dewi,” kata Nishad.


Kredit foto: Straits Times


Sehingga kini misteri mayat terapung itu tidak dapat dikesan sebabnya atau jumlah mereka yang terbabit dengan pendemik Covid-19. 

Yang pastinya, ramai yang menduga bahawa sebahagian besar keluarga tidak mampu membayar kos pembakaran yang telah melambong dari RM280 ($70) hingga RM1,600 ($400) sejak bulan April 2021, lebih-lebih lagi apabila gelombang kedua wabak itu sangat cepat di negara yang dihuni oleh lebih 1.3 billion.

Di Sujabad, masyarakat masih hidup dalam jalan tanah merah dan berbumbung plastik dan bergantung sepenuhnya sara hidup daripada hasil Sungai Ganges atau Sungai Ganga itu. Ramai yang sudah menjadi penganggur kerana dulu mereka bekerja jurupandu perahu pelancongan dan orang ingin ke bandar Varanasi untuk acara keagamaan.

Semua itu terpaksa dihentikan kerana sekatan kawalan pergerakan. Nelayan bimbang sungai dicemari dan satu-satunya perniagaan yang laris adalah tukang kayu yang membekalkanya bahan untuk pembakaran mayat.

Ada beberapa kawasan di Varanasi, beberapa kilometre dari Sujabad yang dihuni oleh sejuta orang dipanggil `ghats` digunakan oleh warga Hindu, menjalani mandian suci, membuang abu mayat tetapi kini lengang. Manakala perniagaan yang dikatakan sentiasa `hidup` 24 jam, tempat pembakaran mayat.

Seorang sami Satindra Kumar, memberitahu sudah 15 kematian dia uruskan dan terkilan Kerajaan India tidak membantu penduduk kampung yang kini menderita ketakutan. - KitaReporters


Kredit foto: ChannelNewsAsia.com

1
0
5
0
1
You will be interested