Insan & Komuniti 14 Aug, 2020

Puteri yang dinantikan! Bayi perempuan sulung Hairi Safwan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
KELAHIRANNYA memang dinanti-nantikan.... ibarat sekumtum bunga bagi menghiasi taman keluarga pelakon Hairi Safwan, 32, dan isteri, Fara Afiza Azman. Menurut Hairi atau nama penuhnya Muhammad Hairi Safwan Aznan, kehadiran bayi perempuan itu amat dinanti oleh keluarganya yang selama ini mempunyai lebih ramai lelaki. : KitaReporters

Hairi menqamat anaknya sebaik dilahir.


Lagi cerita-cerita berkaitan kelahiran:

https://kitareporters.com/search?search=kelahiran


Hairi menyambut kelahiran anak perempuan sulungnya hari ini, Khamis 13 Ogos 2020 pada jam 2.52 petang tadi di sebuah pusat perubatan di ibu negara. Bayi seberat 2.7 kilogram itu dan isterinya Fara Afiza dalam keadaan selamat.

Hairi menyampaikan khabar gembira ini dalam laman Instagramnya. 

Hairi Safwa bersyukur dikurniakan anak perempuan


Ia merupakan anak ketiga pasangan ini yang sebelum ini mempunyai dua anak lelaki, Arif Haikal dan Azad Hakim.

Hairi yang merupakan juara program realiti ‘Anak Wayang’ musim pertama (2009) Astro Ria, berkahwin dengan bernikah dengan Fara, seorang  guru, pada 22 Mac 2014 di Kepala Batas, Pulau Pinang.

Dia berharap akan memperoleh anak lagi tetapi bergantung kepada kesihatan isterinya. 

Hairi Safwa mampu membawa watak antagonis dan protagonis dengan berkesan


Hairi yang juga merupakan seorang ahli perniagaan baru-baru ini mencetuskan berita sensasi apabila ditumbuk pada mata oleh seorang lelaki di sebuah farmasi di Subang Jaya, Selangor pada 16 Julai 2020 lalu.

Hairi Safwan dan isteri bersama dua anak mereka. - Kredit foto: IG hairisafwan


Hairi yang merupakan pemegang diploma seni lakon dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ini mampu membawakan watak antagonis dan protagonis dengan berkesan. Dia banyak berlakon dalam drama terbitan Zeel Production. 

Dia juga merupakan abang kepada Chef Selebriti, Chef Fikree Aznan. - KitaReporters

 
1
0
0
0
0
You will be interested