SELEPAS 44 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara, Perak akhirnya mencatatkan perkhabaran gembira apabila dua pesakit terakhir Covid-19 sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah. Tahniah orang Perak!! : KitaReporters
Ahmad Faizal (dua dari kiri) menerima sumbangan barangan keperluan untuk petugas barisan hadapan di Ipoh, Perak semalam.
Dua pesakit terbabit sebelum ini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Ipoh pada Khamis, 30 April 2020.
"Saya
dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay
Ming bahawa pada hari ini (30 April 2020) tiada lagi pesakit yang
positif Covid-19 dirawat di hospital di seluruh Perak.
"Sekarang ini, zero pesakit Covid-19 (di Perak). Alhamdulillah," katanya
Perak sebelum ini merekodkan 253 kes positif Covid-19 dengan enam daripada pesakit meninggal dunia. manakala jumlah yang pulih dan dibenarkan pulang seramai 247 orang dengan dua pesakit terakhir disahkan sembuh dan dibenarkan pulang pada Khamis, 30 April 2020.
Berdasarkan
infografik Jabatan Kesihatan Negeri Perak dalam laman sosial Facebook
rasminya, daerah Kinta dan Hilir Perak masih berada di bawah zon merah
masing-masing dengan 95 dan 58 kes.
Dalam
pada itu, Ahmad Faizal berkata, meskipun gembira dengan berita
terbaharu itu, rakyat di Perak diingatkan agar perlu terus patuh kepada
PKP dan mengamalkan penjarakan sosial serta menjaga kebersihan diri dengan selalu membasuh tangan.
"Jangan
fikir PKP telah pun tamat, PKP masih lagi dikuatkuasakan.
"Penjarakan sosial tetap diamalkan dan sentiasa membersihkan tangan dengan betul. Itu perkara yang saya fikir, satu budaya baharu yang perlu kita amalkan selama-lamanya," katanya. - KitaReporters
Infografik kes Covid-19 mengikut mukim di daerah di negeri Perak. - Sumber Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Perak
Tags: