"SEMOGA menjadi anak soleh,Amin 🤲#AYASHAFFAN #AnakIbu," sambil disambut dengan doa Aamin oleh hampir 300k pelayar Instagram Shuib Sepahtu, sebaik saja dia memuatkan naik gambar sebahagian daripada kaki Ayash Affan pada 29 September 2021.
Begitu hebat 'kemunculan' anak bongsu Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin sebagaimana seindah kemunculan ibunya di pentas dunia seni.
Apabila Ayash Affan ditampilkan oleh Shuib atau Shahmira Muhamad, bagaikan satu 'persembahan seni' yang ditunggu oleh semua rakyat untuk melihat wajah anak yang ditinggalkan oleh Siti Sarah yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19, pada 9 Ogos 2021 lalu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Shuib Sepahtu
Sejak Ayash Affan pulang ke rumahnya pada hari jadi Siti Sarah Raissudin pada 19 September 2021 lalu, Instagram Shuib dan Siti Sarah penuh dengan gambar aksi menarik tiga anaknya, Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.
Mereka seolah-olah turut 'sibuk' macam ayah mereka menguruskan sehingga ada yang bersama-sama menemani dan bergilir mengganti Shuib memastikan adik bongsu mereka selesa dan dilayan sempurna.
"Terimakasih kerana mendoakan kesejahteraan saya 😊 #AYASHAFFAN," tulis Shuib dalam Instagram Siti Sarah pada 1 Oktober 2021 lalu.
Orang ramai yang menggangap bayi syurga itu sebagai milik kesayangan khususnya ibu-ibu yang terkesan dengan kehilangan Siti Sarah. Malah mereka adalah peminat utama yang sentiasa mengikuti perkembangan untuk melihat wajah Ayash Affan dijaga dengan sempurna oleh Shuib, datuk nenek dan anak-anaknya.
"Seronok sangat Matin dgn Dekta dah boleh pegang AYASH 😊 Syukur Ya Allah ,,, Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar #AYASHAFFAN," tidak putus Shuib teruja dengan tingkah laku anaknya yang sudah tidak sabar-sabar 'mengasuh' anak bongsunya.
Lebih terharu lagi bila salah seorang anaknya, Talita sebagai seorang kakak. sangat teruja untuk Ayash Affan.
Kata Shuib, "Talita sangat rajin nak tidurkan, buatkan susu, tepuk tepuk dodoikan, bermain dengan baby Ayash Affan. Sentiasa rajin nak tolong dan menyenangkan hati daddy.
"Alhamdulillah. Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka. Punyalah sayang kat adik Ayash, Kakak Dekta tido jam 1 pagi malam tadi kerana bergilir-gilir menjaga Ayash dengan daddy. Dekta siap cakap nak belajar buatkan susu untukk Ayash nanti.
"Uwais dan Matin pun tolong Dekta jaga baby Ayash," katanya tentang gelagat lucu anak-anak yang turut menghiburkan dirinya yang masih 'berkabung' dengan pemergian isterinya. Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia selepas ditidurkan akibat kehilangan paras oksigen yang teruk kerana Covid-19, selepas melahirkan Ayash pada 9 Ogos 2021 lalu.
Bak kemunculan artis gayanya.... Belum bersedia untuk viral maaf sila padam camera. Dalam perjalanan ke hospital, pemeriksaan kali pertama AYASH AFFAN pada 30 September 2021. 😊.Bismillah 🤲 #AYASHaffan
"Sebelum sampai rumah, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tunggu daddy bawa balik balik Ayash. Terima kasih kepada semua yang mendoakan Ayash. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan daddy, Uwais, Talita dan Matin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arwah Sarah. " katanya sebaik tiba di rumahnya, sehari lebih awal daripada hari jadi Siti Sarah.
"Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arwah. Terus doakan kesejahteraan arwah di sana, Al-Fatihah." katanya yang turut bercadang memperlahankan kerjaya seninya bagi menumpukan pada anak-anaknya.
"Kasih seorang kakak. Selain Uwais, Talita juga selalu excited nak spend masa menjaga baby Ayash Affan. Talita sangat rajin nak tidurkan, buatkan susu, tepuk tepuk dodoikan, main2 dgn baby Ayash affan. Sentiasa rajin nak tolong dan menyenangkan hati daddy. Alhamdulillah, mesti sejuk perut ibu melahirkan talita. Salam jumaat untuk semua, jangan lupa potong kuku, membaca surah Al Kahfi, banyakkan selawat, berzikir, bersedekah & buat amalan sunat Jumaat yang lain. Semoga kita semua terus diredhai Allah," tulis Shuib. - KitaReporters