RAMAI antara kita yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sejak PKP 1.0 sehingga hari ini. Ada yang dibuang kerja kesan daripada penutupan sebahagian ekonomi. Ramai hilang pekerjaan dan terpaksa meraih simpati untuk meneruskan hidup.
Dalam Twitter tular kisah seorang lelaki jalanan yang sudah lama menjadi gelandangan akibat hilang pekerjaan menyebabkan beliau tiada tempat tinggal.
Menurut pemilik akaun Twitter @AzrinFazniAzmin, beliau menyangkakan lelaki yang ditemuinya di hadapan Ikea Damansara ini warganegara Indonesia tetapi rakyat Cina Malaysia rupanya.
Lagi cerita-cerita sedih berkaitan gelandangan
Jadi gelandangan kerana dibuang kerja
Katanya, lelaki ini menjadi gelandangan kerana dahulunya dia bekerja sebagai sebagai seorang chef di Singapura, tetapi disebabkan Covid-19 restoran tersebut terpaksa ditutup.
Apa yang lebih menyedihkan, nasibnya juga sama apabila pulang ke Malaysia dia bekerja dan perkara sama terjadi, dimana dia dibuang kerja lagi sekali.
Ini menyebabkan dia jadi gelandangan dan tidur dekat bus stop, mandi di stesyen Petronas Mutiara Damansara.
"Saya tanya phone dan powerbank charge mana, dia cakap dekat The Curve. Ya The Curve dah tutup tapi dia cakap masih ada elektrik. Tapi duit tak ada. Hari-hari berbulan dah dia melangut ja depan Ikea tu. Berpuluh interview kerja dia dah pergi, semua tak lekat. Last-last duduk tepi jalan."
Tak makan kerana tiada wang
Azrin berkata nama lelaki tersebut ialah Ah Sai. Ujar Ah Sai, dia berasal dari Johor Bharu.
Ah Sai memberitahu situasi sekarang menyebabkan dirinya sukar untuk pulang ke kampung halaman. Lebih-lebih lagi dia tidak mempunyai wang.
Oleh kerana sudah mengetahui kisah lelaki ini, Azrin membelikan makanan dan menghulurkan sedikit duit kerana dia langsung tidak makan dan mengharap ihsan daripada orang ramai sahaja.
"So esoknya aku pi Ikea lagi, aku ada belikan makanan dekat uncle ni. Dan hulur sikit duit. Dia langsung tak makan, sebab memang takda duit langsung. Cuma harap ehsan orang saja.
Dan baru-baru ni, kawan aku ada hulur sikit suruh bagi dekat uncle ni. Dia punya suka lah. Hampir setiap pagi, dia akan update dengan aku dia makan apa. Tapi dia cakap makanan mahal la abang. Dia belanja sehari RM8 makan pagi dan petang," tulis Azrin.
Ah Sai kuat cari kerja
Azrin dan rakanya yang mengetahui kisah Ah Sai sedaya upaya membantu lelaki tersebut.
Mereka dilihat memberi makanan dan sedikit wang belanja untuk membantunya. Tambah Azrin, Ah Sai adalah salah seorang individu yang terkesan disebabkan Covid-19.
Tapi, Ah Sai masih kuat dan mahu mencari kerja demi meneruskan kehidupan. Sebagai manusia biasa, Azrin berharap ada pihak yang sudi menawarkan pekerjaan dan membantu Ah Sai.
Semoga urusan pak cik ini dipemudahkan untuk mendapat pekerjaan dan boleh hidup seperti biasa. Kepada anda yang menghadapi masalah dalam tempoh pandemik ini, jangan sesekali mengalah teruskan berusaha kerana rezeki tidak pernah salah alamat. - KitaReporters