Insan & Komuniti 13 Jul, 2021

Berita Terkini| 2j dos vaksin akan diagihkan di Lembah Klang, NS! Kawal penularan jangkitan!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


SEBANYAK dua juta dos vaksin Covid-19 yang dijangka tiba hujung bulan Julai 2021 ini akan diagihkan ke kawasan Lembah Klang meliputi Selangor dan Kuala Lumpur serta Negeri Sembilan untuk mula digunakan pada awal Ogos nanti.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, agihan itu akan dibuat bagi membantu mempercepatkan usaha mengawal penularan jangkitan Covid-19 di kawasan berisiko tinggi.

Semua Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) sedia ada akan dioperasikan pada setiap hari dengan tambahan petugas telah dan sedang diuruskan oleh Kementerian Kesihatan.

“Mengambil kira kehadiran pesakit yang menghadapi masalah pernafasan, CAC juga akan dilengkapkan dengan keperluan oksigen sementara pesakit menunggu rujukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dan hospital,” katanya seperti dipetik oleh Bernama pada Selasa, 13 Julai 2021.

Beliau berkata berdasarkan data pada 11 Julai 2021, keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Selangor berjumlah 286,352 orang, manakala bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya pula sebanyak 88,958 orang. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested