Insan & Komuniti 27 Jul, 2021

Video| Rindunya! Kasih seorang ayah! Sanggup poskan asam keping, rambutan untuk anak dan cucu!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this

SIAPA yang tidak merindui ayah dan ibu yang berada jauh di kampung halaman masing-masing. Dari raya Aidilfitri sehingga raya Aidliladha yangkunjung tib dan sudah berlalu membuatkan kita berasa sangat sedih kerana tidak dapat beraya bersama-sama mereka apatah lagi bertemu seperti biasa.

Disebabkan anak-anak tidak dapat pulang ke kampung menjenguk ibu dan ayah tercinta, tular sebuah video dalam TikTok memaparkan ayahnya sanggup membungkus buah-buahan dengan banyak untuk anak-anak serta cucu-cucu dengan melakukan penghantaran.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ibu bapa


Dari video dalam akaun TikTok bernama @shopeeka, kelihatan si bapa sangat gigih memotong asam keping dijemur untuk anak-anak

Bukan itu sahaja, si ayah juga dilihat mengutip rambutan di rumah dan dibungkus untuk diberikan kepada anak-anak dan cucu.



Menurut shopeeka lagi, lebih teliti si ayah turut menimbang satu persatu kotak berisi rambutan dan asam keping supaya adil kepada 5 orang anak. 

Katanya, ayah juga cari kotak sendiri, balut sendiri semuanya demi anak-anak.


Bukan itu sahaja, rata-rata netizen yang melihat video ini semua berasa terlalu sedih teringat kepada ayah yang berada di kampung. Ada antara mereka juga mengatakan pengorbanan ayah dan ibu sangat besar untuk anak-anaknya. 

Semoga Covid-19 ini pergi dengan cepat agar kita semua dapat pulang semula ke kampung halaman melawat ibu dan ayah yang sudah lama menunggu kepulangan kita semua. 

Siapa sahaja tak sedih dan tidak rindu pada ibu dan ayah yang jauh di kampung halaman. - KitaReporters



0
0
1
0
0
You will be interested