Insan & Komuniti 03 Feb, 2022

Keluarga Malaysia turut rai Tahun Baharu Cina! Warga emas sakit strok terharu terima kunjungan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


ABDUL Halim Jusoh (kanan) yang menziarahi Poh Choo Huat yang hidup terlantar akibat strok di rumahnya di Kampung Fikri, Setiu, Terengganu turut menyumbang sekotak limau.


SAMBUTAN Tahun Baharu Cina yang disambut oleh masyarakat Cina  pada 1 Februari 2022 amat bermakna bagi seorang warga emas apabila dia yang hidup terlantar akibat sakit strok sejak lebih dua tahun lalu telah diziarahi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Permaisuri, Datuk Abdul Halim Jusoh pada 29 Januari 2022 lalu.

Warga emas terbabit, Poh Choo Huat, 85, yang tinggal di Kampung Fikri, Setiu, Terengganu itu juga turut terharu dengan kehadiran Abdul Halim bersama Timbalan Pengerusi MCA Bahagian Setiu, Wee Beng Hai serta rombongannya yang tidak disangkakan itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Tahun Baharu

WEE Beng Hai (kanan) sedang menyusun kotak buah limau untuk diagihkan kepada 27 keluarga kaum Cina di Dewan Undangan Negeri Kawasan Permaisuri sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2022.


Poh Choo berkata, pada awalnya dia amat terkejut kerana kedatangan Abdul Halim itu secara tiba-tiba muncul di rumahnya pada hari tersebut tanpa diberitahu lebih awal tentang kehadirannya.

Walau bagaimanapun, katanya, kemungkinan juga rombongan wakil rakyat itu sengaja tidak memaklumnya supaya lawatan yang turut dihadiri isterinya, Datin Rasidah Mokhtar secara mengejut itu memberi lebih makna kepada dirinya serta isterinya.


RASIDAH Mokhtar (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan buah limau kepada Ho Eng Jiong di Kampung Fikri pada 29 Januari 2022.


‘’Saya sendiri tidak menyangka kerana ada seorang wakil rakyat yang sudi menjenguk saya yang uzur ini dan apatah lagi ia dalam suasana menjelang Tahun Baharu Cina.

‘’Walaupun pemberian sekotak limau nilainya tidak seberapa tetapi saya dan keluarga saya tetap menghargai sumbangan yang dihulurkan oleh Abdul Halim serta rombongannya itu,’’ katanya. 

Poh Choo seorang peniaga kedai runcit hidup menderita akibat penyakit tersebut yang menyebabkan setiap pergerakannya serta makan minumnya diuruskan oleh isterinya. 


ABDUL HALIM (kiri) menyerahkan sumbangan buah limau kepada Tee Lee Thong.


Sementara itu, Abdul Halim berkata, pada program itu pihaknya telah memberi sumbangan buah limau kepada 27 keluarga kaum Cina di Kampung Fikri, Penarik dan Rhu Sepuluh.

‘’Kami berharap dengan sumbangan satu kotak buah limau bagi setiap keluarga, ia memberi lebih makna dengan sambutan Tahun Baharu Cina.

‘’Di situ kita melihat, golongan mereka tidak pernah dipinggirkan meskipun mereka berlainan agama dan bangsa tetapi kami turut meraikan sambutan perayaan mereka,’’ katanya. 

Beliau juga berkata, sumbangan itu sebagai tanda ingatan kepada masyarakat Tionghoa yang hidup dalam satu Keluarga Malaysia. - KitaReporters



18
12
0
14
0
You will be interested