Insan & Komuniti 31 May, 2020

PKPB: Lagi kes pemandu mabuk!! Warga emas nak langgar polis!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

SEORANG warga emas ditahan kerana berniat melanggar anggota polis yang bertugas dalam operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) yang dilakukan oleh Polis bahagian Barat Daya di Queensbay, Pulau Pinang. Fuhh!! Nasib baik anggota tersebut sempat elak, kalau tidak, tak tahu apa terjadi dekat anggotan polis itu. Aduhhh, kes sama lagi melibatkan pemandu dipercayai mabuk. : KitaReporters 


Tidak cukup dengan itu, warga emas ini pula dilaporkan bertindak agresif sekali lagi apabila mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis tersebut.

Warga emas ini dipercayai mabuk kerana ujian air kencing kali pertama menunjukkan bacaan 218mg/100ml.

Kredit FB Amirul Ainul


Bagi memastikan bacaan ini sama ada tepat atau sebaliknya, warga emas ini ditahan dan dibawa ke Balai Polis Trafik Bayan Lepas bagi ujian saringan kali kedua. 

Lelaki berkenaan ditahan di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Sekyen 186 Kanun Keseksaan.

Kejadian ini dipercayai berlaku pada Sabtu 30 Mei, 2020 sekitar jam 10. 30 malam. 


Nampaknya kes pemandu mabuk ketika ini seperti trend pula ya, boleh pula memandu dalam keadaan seperti itu. 

Tak kan stres sangat sampai jadi macam ini. 

Harap pihak berkuasa dapat bertindak secepat mungkin untuk atasi masalah ini. 

Ehh jap, boleh ke nak basmi dan sifarkan terus kes seperti ini??

Emm, tapi sekurang-kurangnya ada tindakan yang setimpal atas apa yang dilakukan pemandu mabuk ini. 

Kes ini juga telah mendapat perhatian dari Menteri Pengangkutan sendiri dan beberapa Menteri lain termasuk Perdana Menteri

Mereka kini dalam proses mengumpul maklumat untuk bentang usul ini di Dewan Rakyat nanti. 

Kredit FB Muhyidin Yassin


Kredit FB Wee Ka Siong


Kredit FB Takiyuddin Haji Hassan


Kepada mereka yang rasa tidak yakin untuk memandu kerana berada di bawah pengaruh alkohol atau berasa ngantok, dinasihat agar berehat dahulu atau tumpanglah rakan untuk pulang ke rumah.

Tambahan lagi, Grab Car dan pelbagai mod servis penghantaran berkereta kan ada? Guna je!! Tak mahal mana pun berbanding sebotol arak!! - KitaReporters

2
1
0
0
3
You will be interested