Insan & Komuniti 06 Jun, 2020

Sedih! Sayu! Sendirian uruskan jenazah bapa akibat Covid-19

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

BERDEPAN dengan perpisahan adalah saat memeritkan, lebih perit jika perpisahan itu dengan individu penting dalam hidup kita terutama ibu dan ayah. Episod perpisahan yang dialami itu sukar digambarkan dengan kata-katanya. Malah lebih sayu apabila kematian itu berlaku ketika dunia berdepan pandemik COVID-19, proses pengkebumian yang dijalankan sangat ketat. : KitaReporters

Seorang anak muda yang memakai pakaian khas mengiringi perjalanan bapanya yang meninggal dunia selepas positif COVID-19 di India, baru-baru ini. - Kredit foto: Twitter


Namun baru-baru ini tular dalam media social seorang anak muda dari India bersendirian menguruskan jenazah bapanya yang disahkan positif COVID-19.

Lebih memilukan saudara mara dan keluarga terdekat tidak dibenarkan menguruskan majlis pengebumian berkenaan melainkan mendapat kebenaran daripada pasukan perubatan. 

Aduhhh sedih… kita yang menyaksikan pun pilu bagaimana pula si dia yang menanggung!!

Bertabahlah dik! Hanya doa anak soleh menjadi penghubung dengan si ayah.

Menerusi foto-foto yang dimuat naik dalam akaun Twitter @shamaskayani terbayang kepiluan wajah si anak yang hanya bersendirian mengiringi perjalanan bapa di dunia sebelum dikebumikan di sebuah tanah perkuburan di India.

Menerusi kapsyen dalam foto yang dikongsikan turut dinyatakan lelaki berkenaan merupakan anak tunggal dan hanya dia seorang dibenarkan ketika proses pengebumian berlangsung.

BEBERAPA foto yang dimuat naik menggambarkan kepiluan seorang anak yang hanya bersendirian menguruskan pengebumian bapanya yang meninggal dunia akibat COVID-19 di India, baru-baru ini.


Walaupun perit tapi itu reality yang terpaksa dihadapi demi keselamatan pihak lain.

Malah lebih penting penjarakan berkenaan adalah bertujuan bagi memutuskan rangkaian virus berasal Wuhan, China itu. 

Bertabah dan kuatkan semangat. Salam takziah! - KitaReporters

 

 

 

5
2
13
0
0
You will be interested