Kredit foto-foto: IG Archewell by Harry and Meghan
PADA 8 Jun 2022 lalu genaplah usia setahun Lilibet Diana Mountbatten-Windsor! Mungkin dia dan abangnya, Archie akan menjadi kerabat diraja British yang 'pertama' membesar di luar lingkungan istana dan bebas daripada terikat dengan protokol diraja.
Sempena hari jadi puteri tunggal Putera Harry dan Meghan Merkle mereka bersetuju untuk memaparkan wajah anak perempuan yang dilahirkan di Santa Barbara, California Amerika Syarikat dan sekali gus menjadi warganegara Uncle Sam itu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kehidupan Putera Harry
Lilibet dan abangnya, Archie akan menjadi warganegara AS tetapi Harry tetap kekal sebagai rakyat Britain. Lilibet adalah cicit ke-11 Ratu Elizabeth II. Lilibet menduduki senarai kelapan untuk takhta Britain.
Agensi BBC News melaporkan Duke dan Duchess of Sussex itu begitu terharu apabila menerima banyak ucapan hari jadi untuk Lilibet dan agak teruja selepas mendapat peminat mereka dari seluruh dunia memberi derma lebih $100K (RM539k) kepada World Central Kicthen @wckitchen.
Dapur makan sedunia itu untuk membantu pertubuhan yang menyediakan makanan untuk kerja kemanusiaan, terbabit dalam iklim teruk dan krisis komuniti.
Kredit foto-foto: IG Archewell by Harry and Meghan
Ketika berada di England sempena sambutan Perayaan Jubli Ratu, Harry-Meghan turut menjemput rakan rapat pasangan untuk berkelah di istana singgahan mereka di Frogmore Cottage, Windsor dan perjumpaan itu tidak diuar-uarkan kepada media.
Kek hari jadi Lilibet dilaporkan direka oleh pembuat kek kahwin mereka, Claire Ptak.
Sebarang tindak-tanduk mereka ketika berada di istana itu tidak dihebohkan bagi menggelakkan kritikan lebih teruk daam kalangan media negara itu. Antaranya mereka terdedah dengan tuduhan kerabat yang sudah tidak apa komitmen kerja dengan keluarga itu, cuba mencuri tumpuan publisiti daripada keraian nenda mereka.
Gabungan Lilibet adalah sempena nama Ratu Elizabeth dan Diana pula sebagai tanda peringatan dan kasih sayang yang mendalam terhadap nenek terkenal, Puteri Wales, Lady Diana.
Harry dan Meghan sempat bersiar-siar di istana kecil singgahan mereka Frogmore Cottage selepas selamat tiba di United Kingdom. Mereka kemudian pulang bersama dua anak, Archie dan Lilibet.
Kepulangan mereka terutama pertama kali bagi Lilibet adalah sempena meraikan Perayaan Jubli Ratu Elizabeth. - KitaReporters
Kredit foto-foto: IG Archewell by Harry and Meghan