Insan & Komuniti 20 Mar, 2021

Kerana idamkan anak! Perut ibu mengandung dirobek, rahim dipotong, bayi dalam kandungan dicuri

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Pamella Ferreira Andrade Martins sarat mengandung lapan bulan ditemukan maut di dalam bilik air rumahnya akibat perutnya dirobek dengan sebilah pisau di Macae, Rio de Janerio, Brazil - Kredit foto: Mail Online.


Setiap ibu yang mengandung pasti tidak sabar untuk menimang cahaya mata yang bakal dilahirkan nanti. Tidak kira sama ada anak pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. 

Itulah harapan dan keinginan bagi seorang ibu untuk melihat bayi comel lahir ke dunia dengan sihat, penuh senyuman dan kasih sayang.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kelahiran:

https://kitareporters.com/search?search=kelahiran



Di Macae, Rio de Janerio, Brazil seorang ibu muda yang hamil lapan bulan maut apabila perutnya dirobek dengan pisau dan rahimnya dipotong dalam satu kes mencuri bayi di dalam kandungan wanita tersebut.

Menurut laporan Mail Online, insiden tragik itu berlaku pada 17 Mac 2021 apabila seorang wanita yang tidak dikenali mangsa telah menceroboh masuk ke dalam rumahnya dan mengurung wanita tersebut di dalam sebuah bilik air.

Suspek wanita berumur 22 tahun yang tidak diketahui identitinya dikatakan terdesak dan kepingin untuk memiliki seorang anak sehingga sanggup melakukan perbuatan jenayah terkutuk serta 'brutal' dengan membelah perut Pamella Ferreira Andrade Martins, 21,yang sedang sarat mengandungkan anaknya yang kedua.


Pamella Ferreira Andrade Martins - Kredit foto: Mail Online.


Menurut ahli keluarga Martins, mangsa ditemukan maut di lantai bilik air yang berkunci dalam keadaan berlumuran darah dan perutnya terburai serta bayi yang dikandungnya telah tiada.

Polis terpaksa memecah pintu bilik air ketika mangsa berada di dalamnya kerana dikuatiri sesuatu perkara buruk telah berlaku.

Ibu muda itu dikatakan sudah meninggal dunia di lokasi kejadian berikutan kecederaan parah yang dialaminya serta kehilangan banyak darah.

Suspek kemudiannya berjaya diberkas oleh pihak berkuasa Brazil apabila dia membawa 'bayi curi'  yang telah mati ke unit kemalangan dan kecemasan (A&E) di sebuah hospital yang berdekatan.


Gambar hiasan... Senjata pisau dipercayai digunakan untuk membelah perut ibu muda serta terus memotong rahim wanita itu dan kemudian mengambil bayi untuk dibawa lari oleh suspek.


Dalam satu laporan polis, wanita (pembunuh) itu telah memberitahu pihak hospital bahawa dia baharu melahirkan seorang bayi lelaki tetapi bayi itu telah terjatuh ketika dia menuruni tangga.

Walau bagaimanapun, hasil pemeriksaan petugas kesihatan terhadap wanita itu menunjukkan dia tidak mengandung apatah lagi dikatakan baharu bersalin.

Bayi yang dibawa bersamanya pula telah meninggal dunia dan pihak hospital tidak menolak kemungkinan bayi itu bukan miliknya.

Salah seorang ahli keluarga Martins berkata, pembunuh itu sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan bayi tersebut walaupun terpaksa membunuh.

Suspek juga dipercayai berputus asa untuk mendapatkan anak sendiri.

Tambahnya lagi, sebelum ini suspek pernah datang ke syarikat milik mangsa dan disyaki ada melakukan intipan sebelum kejadian buruk berlaku terhadap mendiang.

Pihak polis akan melakukan siasatan terperinci  terhadap insiden tersebut bagaimana kes pembunuhan itu berlaku di dalam rumah mangsa. Polis turut juga akan menyiasat punca kematian bayi malang itu.

Siasatan awal pihak berkuasa itu juga telah menemukan dua bilah pisau di dalam beg tangan suspek.

Mendiang Martins mati meninggalkan seorang suami dan seorang anak lelaki berusia dua tahun. – KitaReporters


Sumber:

https://www.dailymail.co.uk/news/article-9375877/Eight-month-pregnant-mother-21-killed-baby-cut-womb-Brazil.html 

4
2
24
1
1
You will be interested