Insan & Komuniti 20 Jan, 2022

Dikebumikan sejak 17 tahun lalu! Mayat guru ngaji al-Quran masih sempurna, wangi seperti diawet!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

MAYAT guru mengaji al-Quran yang meninggal dunia sejak 17 tahun lalu masih sempurna dan berbau harum di tanah perkuburan Kampung Cikadu, Desa Tanjungsiang, Kecamatan Tanjungsiang, Jawa Barat, baru-baru ini. - Kredit foto : Tribunnews.com


MESKIPUN sudah meninggal dunia dan mayatnya telah dikebumikan di tanah perkuburan lebih 17 tahun lalu namun mayat seorang guru mengaji al-Quran di Jawa Barat ditemukan di dalam kubur masih sempurna serta berbau wangi, baru-baru ini.

Hal ini dikongsi oleh seorang pengali kubur bernama Ace Kosasih bersama beberapa rakannya yang melakukan kerja-kerja mengali kubur di Kampung Cikadu, Desa Tangjungsiang, Kecamatan Tanjungsiang, Kabupaten Subang untuk memindahkan jenazah guru mengaji al-Quran itu ke tanah perkuburan  lain.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan jenazah

KERJA-KERJA dilakukan untuk memindahkan jenazah allahyarham Ustaz Muhya ke tanah perkuburan baharu. - Kredit foto : Detik.com


Ini kerana pusara guru al-Quran itu yang bernama Ustaz Muhya Rudia juga seorang tokoh agama yang disegani telah meninggal dunia pada 2004 itu  dikebumikan kini berdekatan dengan kandang biri-biri milik warga.

Keutuhan jenazah Allahyarham Ustaz Muhya selepas beberapa hari ditemui masih sempurna selain berbau wangi itu telah menjadi viral dalam media sosial.


ACE KOSASIH, penggali kubur. - Kredit foto: Detik.com 


Ace Kosasih berkata,  semasa melakukan kerja-kerja mengali kubur di pusara guru al-Quran itu pada pagi 9 Januari 2022 lalu, dia dan rakannya amat terkejut apabila menemui jenazah Muhya dalam keadaan sempurna dan  kain kapan yang tidak hancur masih berbalut di tubuh allahyarham.

Menurutnya,  jenazah Muhya masih lengkap dengan tulang serta kulitnya masih berada pada tubuhnya.


SEORANG warga menunjukkan pusara asal allahyarham guru al-Quran berdekatan dengan kandang biri-biri sebelum dipindahkan ke tanah perkuburan baharu pada 9 Januari 2022 lalu. - kredit foto : Detik.com


‘’Biasanya kalau jasad seseorang yang sudah meninggal dunia, selepas dikuburkan paling lama lima bulan sudah membusuk dan tidak ada berbau harum seperti jasab Ustaz Muhya yang kami jumpai pada pagi itu.

‘’Kondisi badannya masih utuh dan tangan Allahyarham di kain kapan masih sempurna dan kulitnya masih ada tetapi kering seolah-olah jenazah itu diawetkan,’’ kata Ace Kosasih seperti  dipetik dari TribunnewsBagor.com pada 17 Januari 2022.


JENAZAH allahyarham guru mengaji al-Quran yang masih sempurna berbalut dengan kain kapan yang masih utuh telah dipindahkan dan dikebumikan di tanah perkuburan baharu di Kampung Cikadu. - Kredit foto: Detik.com


Sementara itu, seorang anak murid Allahyarham, Ujang Anding berkata Allahyarham merupakan seorang yang baik dan amat disukai masyarakat setempat di Kampung Cikadu.

Menurut Ading, sepanjang hidupnya, guru al-Quran itu banyak menghabiskan masa di masjid dan dia mengajar mengaji kepada golongan muda dan dewasa.


Kredit foto : Detik.com


‘’Allahyarham meninggal dunia secara mulia iaitu selepas dia selesai solat asar di masjid dan usianya ketika itu 70 tahun.

‘’Selepas solat asar, dia mengadu kepalanya berpusing akibat penyakit darah tinggi lalu dia pengsan di masjid dan Allahyarham dibawa pulang  dan meninggal dunia  di rumahnya,’’ kata Ujang.

Sementara itu, dari sumber lain, Ustaz Muhya pernah menolak jawatan Pegawai Negeri Sipil (PNS) yang ditawarkan oleh pemerintah suatu ketika dahulu.

Alasannya, Aallahyarham lebih suka menjadi guru al-Quran kerana sepanjang masa dapat berada di masjid daripada jawatan duniawi itu. - KitaReporters


MAYAT allahyarham Muhya masih sempuna bersama dengan kain kapan yang masih elok dijumpai ketika kerja-kerja mengali kubur. - Kredit foto: Tribunnews.com

14
10
0
11
1
You will be interested