Insan & Komuniti 20 May, 2020

Terima kasih Malaysia! Pelancong keluar dari Pulau Tioman!!

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

PENULARAN wabak pandemik COVID-19 di pelbagai negara dunia termasuk Malaysia telah menyebabkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 dan dilanjutkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei 2020 sehingga 9 Jun 2020. Pelancong asing antara yang terkesan dengan situasi ini!! : KitaReporters

Kredit foto-foto: Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP) 


Umum mengetahui sejak PKP dikuatkuasakan, semua rakyat termasuk pelancong asing tidak dibenarkan membuat atau meneruskan perjalanan ke luar negara kerana dibimbangi akan meningkatkan jumlah kes positif COVID-19. 

Situasi ini turut membabitkan pelancong tempatan atau luar negara di pulau-pulau peranginan seluruh negara.

Mereka ini bagaimanapun (pelancong asing) dibenarkan tinggal sementara di negara ini sehingga kerajaan membuat keputusan yang membolehkan mereka meneruskan perjalanan pulang ke negara masing-masing. 

Kerajaan Malaysia Kerajaan Prihatin dan sangat bertimbang rasa.

Situasi sama turut membabitkan sekumpulan pelancong asing yang terkandas di Pulau Tioman apabila PKP dilaksanakan. 

Suka dalam duka namanya. Suka sebab boleh bercuti lebih lama tapi duka sebab tak boleh keluar dari pulau!!! 

Bagaimanapun, masalah mereka yang terkandas itu berjaya diselesaikan apabila kerajaan negeri Pahang telah membantu membawa mereka keluar dari pulau pada 15 Mei 2020 dan terus menghantar mereka ke kedutaan masing-masing di Kuala Lumpur.

Menaiki bas untuk dibawa ke kedutaan negara masing-masing di Kuala Lumpur


Terima kasih orang Pahang


Antara pelancong yang dibawa keluar dari Pulau Tioman


Misi penghantaran pelancong asing ini dipantau dan dilakukan oleh kakitangan Unit Antarabangsa Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Ketua Unit Antrabangsa Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Haslina Bahasan

Turut sama menyertai misi itu ialah Pejabat Daerah dan Tanah Rompin serta pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Malaysia terbaik!!!

Pelancong asing yang terkandas amat berterima kasih dengan bantuan dan perhatian yang diberikan oleh Kerajaan Negeri sepanjang tempoh mereka berada di Pulau Tioman. 

Ada lagi ke suara-suara sumbang yang kata kerajaan Malaysia tidak prihatin masalah membabitkan pelancong luar negara? 

Menunggu bas untuk dibawa ke kedutaan masing-masing di Kuala Lumpur



Seorang pelancong menunjukkan isyarat bagus ketika berada dalam bas untuk ke pejabat kedutaan di Kuala Lumpur


Pelancong Perancis, Catroux Christian dan isterinya, Marie Claire, 66, berterima kasih atas semua pihak yang membantu mereka keluar dari pulau itu selepas terkandas hampir dua bulan.

"Saya tidak mengharapkan apa-apa yang istimewa pada hari ulang tahun ke-67 saya pada 1 Mei (2020) lalu tetapi ia akan menjadi kenangan paling manis yang akan saya ingat selama-lamanya.

"Kami tiba di Pulau Tioman pada pertengahan Mac dan awalnya merancang untuk tinggal di sana selama seminggu. Kami juga telah membeli tiket untuk meneruskan percutian di Jakarta, Bandung dan Bali di Indonesia.

"Tetapi terkandas di pulau itu sebaik sahaja PKP berkuat kuasa," katanya ketika ditemui di Jeti Tanjung Gemok di sini, pada Jumaat, 15 mei 2020.

Christian dan isteri adalah antara 17 pelancong asing dari pelbagai negara seperti Itali, Sweden, Jerman dan United Kingdom, yang terkandas di pulau itu kerana pelaksanaan PKP.

Walaupun percutian mereka tidak berjalan seperti dirancang, Christian dan isteri bersyukur berada di Pulau Tioman kerana tiada kes positif COVID-19 dilaporkan di pulau itu.

Bagi rakan senegara, Hobert Benjamin, 42, PKP membolehkannya melihat 'keramahan Malaysia'' yang sebenar apabila kakitangan hotel, pihak berkuasa dan penduduk tempatan sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk memastikan mereka dalam keadaan baik setelah terkandas di pulau itu sejak 17 Mac 2020.

"Hampir setiap hari kakitangan hotel bertanya mengenai keadaan saya dan memberitahu saya supaya tidak segan untuk meminta pertolongan." katanya.

‘Terperangkap’ di pulau itu memberi peluang kepada Benjamin bertemu dua lagi rakan senegara, Francois Parnet, 28, dan Margot Desbois, 25, yang juga berasal dari bandar yang sama dengannya di Rennes, Perancis.

"Terima kasih kepada semua penduduk, agensi kerajaan dan pihak hotel yang banyak membantu kami sehingga dapat keluar dari pulau ini dengan selamat," katanya. 

Orang pulau semuanya berhati mulia tau!!



Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-bukan Kerajaan Pahang, Datuk Seri Mohd Johari Hussain berkata, kerajaan negeri menyediakan bot laju untuk membawa pelancong asing ke tanah besar sebelum mereka menaiki bas ke Kuala Lumpur.

"Kesemua mereka menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk ujian suhu badan yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan hanya mereka tidak mempunyai gejala COVID-19 dibenarkan menaiki bot," katanya.

Selepas terkandas hampir dua bulan, pelancong-pelancong asing akhirnya berjaya dibawa keluar dari Pulau Tioman


Terima kasih Kerajaan Negeri Pahang dan semua yang terbabit dalam menjayakan usaha penghantaran pulang pelancong asing ini. 

Semoga apa yang dilakukan menjadi kenangan manis buat 'foreigner' dan tidak lupa berkunjung lagi ke destinasi percutian yang indah dan menawan ini. : KitaReporters


Kredit foto-foto: Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP)
3
1
0
0
0
You will be interested