SETIAP orang mempunyai bingkisan hidup atau pengalaman suka duka yang berbeza terutama kepada mereka yang berkhidmat sebagai seorang guru. Dalam kalangan guru-guru, ada yang sanggup bersusah payah dan berkorban jiwa serta raga demi mendidik anak-anak bangsa. : KitaReporters
Mini Korman bergambar kenangan bersama anak-anak muridnya yang tinggal di perkampungan pedalaman Ambumala, Malappuram, Kerala, India. - Kredit foto: The News Minute
Lagi cerita-cerita berkaitan guru:
https://kitareporters.com/search?search=guru
Profesion seorang guru dipandang mulia oleh mana-mana masyarakat di dunia apabila anak-anak didik mereka berjaya di dalam pelajaran hingga menjawat jawatan tertinggi dan penting seperti Perdana Menteri, doktor, peguam, jurutera, arkitek dan sebagainya.
Di India terbongkar kisah kehidupan seorang guru yang cukup sedih dan amat mencabar dalam melaksanakan tugasnya untuk ‘mendidik’.
Mini Korman sanggup meredah laluan denai sejauh satu kilometer untuk sampai ke sekolah tempat beliau mengajar. Kredit foto: The News Minute
Apa tidaknya, Mini Korman adalah satu-satunya guru wanita yang mengajar di sebuah sekolah yang terletak 16 kilometer di pedalaman perkampungan Ambumala; sebuah penempatan suku kaum Paniya atau Paniyar di daerah Malappuram di Kerala dengan berjalan kaki seorang diri.
Persoalan bermain di kepala kita semua, apakah tiada pengangkutan seperti bas, kereta, motosikal dan lain-lain ke lokasi tersebut?
Atau tiada langsung jalan raya yang menghubungkan antara pekan ke pekan atau bandar ke bandar yang lain?
Jika direnung
sejenak, seolah-olah guru tersebut membuat kerja ‘gila’ sebab setiap hari (waktu
bekerja) dia memilih untuk berjalan kaki ke tempat kerj a(sekolah).
Kalaulah di Malaysia, sudah lama guru-gurunya memohon pertukaran tempat bertugas kerana ‘koyak mental’ berdepan dengan cabaran dan kesusahan yang selama ini tidak pernah dirasainya.
Meniti di atas jambatan buluh antara risiko yang terpaksa beliau tempohi sepanjang perjalanannya menuju ke sebuah sekolah di perkampungan suku Paniya di Ambumala daerah Malappuram, India. - Kredit foto: The News Minute
Keringat guru seperti Mini Korman tidak ternilai jasa dan baktinya meredah hutan belantara demi pendidikan anak bangsa - Kredit foto: The News Minute
Guru berusia 44 tahun itu, bukan sahaja terpaksa berjalan sejauh 16 kilometer setiap hari dari Agambadam (daerah Malappuram) tetapi terpaksa pula melalui jalan hutan yang licin dan berbahaya sejauh satu kilometer lagi untuk sampai ke sekolahnya.
Sepanjang perjalanan (menapak) tersebut, Mini juga berdepan risiko bertembung dengan haiwan-haiwan liar seperti babi hutan, ular, gajah atau harimau.
Beliau juga terpaksa
menyeberangi sungai yang deras dengan menggunakan jambatan buluh yang lantainya
agak nipis untuk sampai ke sekolah tempat dia mengajar.
Jambatan itu pula bukanlah jambatan kukuh yang biasa kita lihat di kampung-kampung pedalaman seperti negara kita. Tetapi mudah rosak atau hanyut apabila dilanda air deras seperti kedatangan‘kepala air’.
Rutin kerjanya
umpama seperti menyertai program realiti ‘Amazing Race’ dengan menempuh pelbagai
halangan dan rintangan sepanjang perjalanannya untuk sampai ke destinasi yang
dituju (sekolah).
Sebenarnya bukan tidak ada jalan raya untuk ke kampung tersebut (pinggir hutan dan berbukit) tetapi kekurangan pengangkutan awam seperti bas yang memaksanya mengambil keputusan untuk berjalan kaki terutama ketika India dilanda wabak Covid-19.
SEDIH.. kelihatan daif dan usang bilik darjah yang serba kekurangan dengan fasiliti pembelajaran yang standard yang ditetapkan sesebuah kerajaan. - Kredit foto: The News Minute
Kini sudah lima tahun lamanya Mini menanggung azab dan sengsara untuk mencurah bakti mendidik anak-anak
bangsanya agar tidak keciciran dalam pendidikan.
Sebelum ini, beliau
pernah bertugas di Mahkamah Manjeri pada tahun 1999 kemudian menjadi kerani di
pejabat Cukai Komersial, Malappuram (2008). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai
VEO (Village Extension Officer) dari tahun 2010 hingga 2015.
“Ketika mula-mula
saya menjejakkan kaki ke kampung Ambumala agak mengejutkkan apabila
didapati tiada bekalan elektrik dan air untuk penduduk-penduduk di sini
termasuk sekolah.
“Sudahlah susah
dengan masalah perkhidmatan bas yang tidak menentu waktu perjalanan sepanjang berulang-alik
ke sekolah, ditambah pula ancaman haiwan-haiwan liar di
hutan,” jelas Mini.
“Saya pernah bertembung dengan anak harimau dari jarak jauh di dalam hutan dan menyangka ia adalah anak kucing. Saya terpaksa mengubah haluan perjalanan kerana bimbang jika bertembung pula dengan si ibunya (harimau). Selain itu, pernah juga melihat ular sawa menjalar di laluan saya.
“Jika memasuki musim
tengkujuh, maka berlaku pula hujan lebat sehingga menyukarkan diri saya ketika
melintas jambatan buluh.Pernah dua kali (pada 2018 dan 2019) jambatan itu dihanyutkan
oleh air sungai yang deras akibat hujan lebat,” katanya ketika mengimbau kembali
saat-saat cemas dalam kariernya sebagai seorang guru di pedalaman.
Apa yang lebih
mencabar ialah beliau adalah antara guru-guru tunggal tanpa dibantu oleh rakan-rakan pendidik lain ketika mengajar di sekolah masing-masing.
Mereka dibayar
gaji dua kali setahun disebabkan masalah perhubungan antara satu lokasi ke
lokasi lain; akibat kekurangan kemudahan-kemudahan asas awam seperti
bank, pejabat-pejabat kerajaan, hospital,klinik dan lain-lain.
Pada tahun 2019, terdapat kira-kira 270 buah sekolah di seluruh Kerala dibekalkan dengan seorang tenaga pengajar sahaja untuk
mengajar kepada pelajar-pelajar mereka.
Kebanyakan sekolah ini (di pedalaman) kelihatan agak daif dan usang ditambah pula tiada kemudahan Internet sehingga sukar untuk melaksanakan pembelajaran dalam talian (online).
Kini sudah lima tahun lamanya Mini menanggung azab dan sengsara untuk mencurah bakti mendidik anak-anak
bangsanya agar tidak keciciran dalam pendidikan.
Namun, Mini masih lagi memegang title guru yang tetap bersemangat waja, tabah dan penuh dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik walaupun bertaraf ‘kontrak’.
Wang bukanlah segala-gala baginya tetapi kemurnian dan keikhlasan hatinya untuk berkhidmat dan berbakti kepada tanah airnya menjadi keutamaan, walaupun 'derita' yang dilaluinya tidak pernah pergi.
Beliau juga akur sektor pendidikan di India mempunyai banyak kekurangan dan kekangan khususnya menyentuh soal bajet pendidikan yang terhad. - KitaReporters
Sumber:
https://www.thenewsminute.com/article/kerala-teacher-treks-16-km-through-jungle-tigers-teach-tribal-school-135262
https://www.indiatoday.in/education-today/news/story/kerala-teacher-mini-korman-treks-16-km-each-day-to-teach-in-tribal-school-1731258-2020-10-13
https://indianexpress.com/article/explained/explained-snippets-92000-schools-have-single-teachers-1-3-of-them-in-2-states-5572919/
https://www.edexlive.com/news/2019/jan/23/single-teacher-schools-ktaka-ranks-6-in-india-with-4700-such-schools-5123.html
https://youtu.be/aMKWQqro9i8