Insan & Komuniti 02 Nov, 2020

Heboh hantaran kahwin 2 lori! Tapi hanya bertahan 22 hari!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

SEBELUM ini kisah perkahwinan antara seorang lelaki berusia 78 tahun dan gadis berusia 17 tahun di Indonesia pada 9 Oktober 2020 lalu tular dalam media sosial. Selain faktor perbezaan usia, ia tular dek kerana hantaran oleh pihak lelaki dihantar menggunakan dua buah lori, menunjukkan betapa banyaknya barang hantaran yang diberi. : KitaReporters



Dek kerana barang hantaran bersaiz besar, dua buah lori terpaksa digunakan untuk membawanya ke rumah pengantin perempuan. - Kredit foto: Tribune News


Lagi cerita-cerita berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan


Antara barang hantaran yang diberikan oleh pihak lelaki ialah motosikal, mesin basuh, almari, tilam, perabot rumah dan mas kahwin 11 gram emas dan wang tunai 10 juta rupiah (RM2,835)

Fuhh, boleh tahan kaya juga pengantin lelaki!

Perkahwinan itu berlangsung di kediaman mempelai wanita di Kampung Cicondong, Desa Sukamulya, Wilayah Pagaden Barat, Kabupaten Subang, Jawa Barat, Indonesia.


Saat dinikahkan pada 9 Oktober 2020 yang lalu. - Kredit foto: Tribune News


Namun ajal, maut rezeki dan jodoh itu hanya Allah SWT yang menentukan. 

Diharapkan panas berpanjangan, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Begitulah yang terjadi kepada perkahwinan Abah Sarna dan Noni Novita Handayani apabila perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian.

Mereka hanya sempat mengecapi kebahagiaan berumah tangga selama 22 hari sahaja sebelum Abah Sarna menjatuhkan talak satu kepada Noni pada 30 Oktober 2020.


Perbezaan umur yang jauh tidak menghalang pasangan ini untuk bergelar suami isteri. Kredit Foto: Tribune News


Seperti mana tularnya perkahwinan mereka, begitu juga dengan perceraian. Surat perceraian tersebut tular dalam Facebook apabila Noni mendedahkannya kepada umum.

Malah, terdapat juga satu rakaman video menunjukkan Noni membaca surat daripada bekas suaminya itu. Dalam surat tersebut, Abah Sarna berjanji tidak akan menarik balik hantaran dan yang telah diberikan kepada Noni.


Noni menunjukkan surat cerai yang ditandatangani oleh bekas suaminya. - Kredit Foto: Tribune News


Jodoh mereka sudah ditakdirkan hanya mampu bertahan 22 hari sahaja. Apapun, kita doakan yang baik-baik dan berharap mereka bertemu jodoh dengan insan yang tepat. - KitaReporters


1
3
2
4
2
You will be interested