PEMAKAIAN pelitup muka adalah satu perkara wajib kepada setiap individu tidak kira di mana berada terutama di tempat awam ketika wabak pandemik COVID-19 ini masih bermaharajalela, malah ia belum menunjukkan tanda-tanda akan berakhir dalam tempoh terdekat. : KitaReporters
Kredit foto: Kementerian Kesihatan Malaysia
Lagi cerita-cerita berkaitan bayi:
https://kitareporters.com/search?search=bayi
Hari ini ke mana-mana sahaja masyarakat seluruh dunia perlu memakai pelitup muka sebagai salah satu kaedah dalam usaha membendung penularan COVID-19.
Jangan tak pakai kerana bahaya menanti anda. Bila dah pakai jangan pula asyik nak ditanggalkan.
Tetapi bagaimana pula halnya bila seorang bayi yang baru keluar dari rahim ibunya cuba menanggalkan pelitup muka seorang pegawai perubatan yang menyambut kelahirannya? Haru betullah la awak ni baby!
Gambar tersebut menjadi tular dengan lebih 61,000 tanda suka dalam laman sosial instagram milik seorang doktor dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) Dr Samer Cheaib. Malah gambar itu turut mendapat 28,000 tanda suka di Facebook 'page' Oh My Media.
Sumber: Oh My Media
Ibu yang melahirkan dan bayi yang dilahirkan dalam tempoh kemunculan pandemik COVID-19 ini bakal menjadi memori yang sukar dilupakan dalam keluarga mereka suatu hari nanti malah ia bakal menjadi sejarah keturunan generasi akan datang. : KitaReporters