Insan & Komuniti 31 Jul, 2020

33 lembu untuk Parlimen Marang! Sumbangan MB Terengganu!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

MASYARAKAT Islam terutama golongan miskin di kawasan Parlimen Marang, Terengganu bersyukur kerana sambutan Aidiladha tahun ini dilimpahkan rezeki apabila pemimpin negeri ini menyediakan lembu untuk korban dan diagihkan kepada penduduk sekitar Parlimen berkenaan. : KitaReporters

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (dua dari kiri) menyerahkan lembu korban kepada wakil Pejabat Parlimen Marang 


Lagi cerita-cerita dari Terengganu:

https://kitareporters.com/search?search=terengganu


Menteri Besar, Datuk  Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyerahkan 33 ekor lembu kepada kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Marang untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha hari ini, Jumaat 31 Julai 2020.

Pengagihan itu melibatkan DUN Rhu Rendang sebanyak 23 ekor, manakala DUN Alur Limbat, Pengkalan Berangan dan Bukit Payung masing-masing menerima sumbangan dua ekor.

Ahmad Samsuri yang juga Ahli DUN (ADUN) Rhu Rendang tidak ketinggalan untuk menyerahkan empat ekor lembu korban kepada Maahad Darul Quran, Rusila.

Tanda simbolik penyerahan lembu korban untuk penduduk di Parlimen Marang,Terengganu


Beliau yang hadir ketika menyerahkan haiwan itu sangat menghargai usaha semua pihak yang bermurah hati memberi sumbangan bagi menjayakan sambutan ibadat korban.

“Semoga amalan baik dan pemberian ini dikurniakan pahala sedekah daripada Allah SWT,” kata Menteri Besar Terengganu itu ketika menyerahkan lembu korban di Kampung Rhu Muda, Darat Pak Chan, Batangan, Gong Beris dan Kelulut.

Turut hadir, Pengarah Permint Granite HCM Sdn Bhd, Ahmad Farid Datuk  Isa @ Ghazali dan Pengarah Majlis Tindakan DUN Rhu Rendang, Hassan Awang.

Antara yang telibat dalam sumbangan lembu korban tersebut adalah Permint Granite HCM Sdn Bhd, Terengganu Incorporated (Terengganu Inc.) dan badan bukan kerajaan (NGO) Al-Hikmah.

Sementara itu, Ahmad Samsuri turut mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam negeri ini sambil mengingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa ketika menghadiri majlis keramaian. - KitaReporters

2
0
0
0
0
You will be interested