Insan & Komuniti 26 Apr, 2021

Video| Mantap dan power! Lakonan PU Azman dalam 'Bila Syaitan Berbisik' dipuji artis, netizen!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Nampaknya PU (Pencetus Ummah) Azman terus mencipta nama dalam dunia lakonan dan ternyata lakonan beliau sangat baik.

PU Azman atau nama sebenarnya Azman Shah Alias telah berkongsi sedikit sedutan drama yang bakal ditayangkan dalam saluran TV berbayar Astro Ria nanti.

Babak beliau tengking 'emak' dalam drama itu telah mencuri tumpuan ramai netizen termasuk rakan artis.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Pencetus Ummah


Kredit video: IG PU Azman



Bukan calang-calang rupanya lakonan PU Azman atau lebih dikenali dengan nama panggilan Cik Man. Betui-betui menjiwai watak yang diberi. Terbaik Cik Man. 

Maka tidak hairanlah kalau ada rakan artis lain memuji lakonan beliau.





Bukan setakat artis, netizen juga kagum dengan lakonan Cik Man.





Ini bukanlah sesuatu yang baharu untuk beliau apabila sebelum ini pun PU Azman pernah tampil dalam beberapa drama dan telemovie.

Ini juga salah satu peluang untuk beliau berlakon sambil sampaikan dakwah dalam dunia lakonan.



Beliau turut berterima kasih kepada pengarah drama ini, Rashid Sibir yang percaya akan bakat yang dia ada selain sering tunjuk ajar dalam lakonan. 

Moga PU Azman terus berjaya dalam dunia lakonan. 

Kepada penonton, jangan lupa saksikan drama 'Bila Syaitan Berbisik' dalam Astro Ria yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Drama ini akan bersiaran selama 14 episod dan sudah pasti tidak sabar nak lihat lakonan Cik Man nanti. - KitaReporters


0
0
0
1
0
You will be interested